Saturday, August 6, 2016

Respon & alasan saya! #bolasepak

 Beberapa hari lepas, pasukan Fathur Karib kalah 10-0 dengan pasukan bolasepak DBKL. Ini merupakan kekalahan yang terburuk sejak saya kenal apa itu bolasepak. Mungkin ada yang anggap itu adalah 'nasib' yang akan di alami oleh mana-mana pasukan yang tidak mempunyai kumpulan pengurusan dan sumber kewangan yang baik. 

Sebenarnya, pada peringkat umur macam saya, saya lebih baik berada di dalam kumpulan pengurusan dan tidak mencampuri urusan melatih atau merekrut pemain yang lebih berbakat. 

Saya cuma ingin menyatakan pandangan saya, mengapa saya masih kekal setia bersama Fathur Karib. 

Saya sangat yakin, pihak pengurusan telah berusaha menyediakan satu platform untuk pemain baru mencipta nama di dalam bidang bolasepak. Setiap pemain mesti memiliki kriteria tertentu sebelum bergelar pemain negeri atau pemain profesional. 

Saya tak kejar kejayaan pasukan seperti pasukan JDT! Saya tak kejar elaun untuk memberi khidmat. Tapi saya bangga kerana berjaya bersama pasukan. Saya bangga dapat memberi peluang kepada pemain muda mencipta nama. 

Anda boleh datang dan pergi. Anda boleh pilih untuk bermain dengan pasukan yang lebih baik. Tapi anda tak mungkin bergelar sebagai pemain yang hebat jika anda tak pernah langsung bermain dalam Liga Divisyen 1 atau Divisyen 2. 

Kesimpulannya, jika anda berminat nak bermain ke peringkat yang lebih tinggi, anda di pelawa bersama pasukan kami. Mungkin masa depan anda akan lebih baik apabila anda berjaya mengharungi semusim liga dengan ikhlas. 

Percayalah, hari ini anda mungkin gelakkan pasukan saya kerana kami tak hebat. Jika bersama  pasukan 'underdog' pun anda tak mampu buat, bagaimana anda nak main dengan pasukan yang lebih hebat? 

Majulah Sukan Bola Sepak Untuk Negara.. 

Ikhlas dari saya,

Hisham bin Hashim
Penolong Pengurus
Pasukan Bolasepak Fathur Karib