Friday, June 3, 2016

Ramadhan..

Setiap kali datang ramadhan, hati mula sebak! Fikiran jauh melayang, rasa terganggu dengan macam-macam perkara. Tapi tak ramai perasan, sejak saya bekerja di ( dirahsiakan, kerana mereka malu mengaku saya kakitangan mereka ), saya akan bercuti! Paling kurang 5 hari di awal ramadhan. 

Saya tak la alim sangat, nak mengejar terawih atau pahala puasa di awal ramadhan, tapi saya akan selesa jika tiada gangguan pekerjaan atau hal seperti penjaja bazar ramadhan, persatuan penjaja berebut tapak, atau sibuk nak buat kawalan penjaja di bazar masjid india. 

Antara perkara yang saya buat di awal ramadan: 

1. Kira jumlah duit di tangan & dalam akaun bank ( biasanya tiada baki dalam akaun ) 
2. Ziarah kubur mak
3. Ambil borang tahlil arwah & bayaran / sumbangan derma berbuka puasa & morey
4. Memastikan badan sihat sepanjang bulan ramadhan 
5. Beli kopiah, baju melayu kain cotton & kain pelikat 

Kalau di tempat kerja, dulu saya akan ambil tahu siapa jadi amil, bila ada gotong royong buat bubur lambuk, bila ada majlis berbuka puasa dan majlis sumbangan anak yatim. Tapi sejak 4 atau 5 tahun ni, saya tak ambil peduli dah. 

Pesanan untuk kawan-kawan, jagalah kesihatan di sepanjang bulan ramadhan ni, nak ajak berterawih, kita mungkin tak sama qariah, nak ajak bertadarus, saya tak pandai mengaji, nak ajak beli juadah berbuka, saya tak suka makanan di bazar.. 

Jika ada jemputan berbuka, insyallah saya sampai. Boleh juga berkenalan dengan bakal mak & ayah mertua.. 

Jazakallah khairan.. 

No comments: