Saturday, June 4, 2016

Kopiah, Baju Melayu & Kain Pelikat!

Kalau di kampung dulu, ( Kg Kubu Bukit Gantang ), saya beli kopiah di Pasar Pagi / Malam Changkat Jering. Baju melayu kain cotton pula di Bazar Melayu atau Bazar Bangunan Sri Larut. Kain pelikat jarang beli, biasa dapat sumbangan dari kawan-kawan mak atau mak dah pesan dari penjual kain nama Jabbar. Anak dia adalah kenalan saya di sekolah rendah. Dengan modal rm30 ringgit, dapatkah saya beli semua tu. Boleh pakai sepanjang bulan ramadhan.

Raya nanti, saya tak kisah sangat pakai baju apa pun, biasanya lepas sembahyang raya, ziarah kubur, masing-masing dah ikut keluarga masing-masing. Saya pula, tukar seluar jeans, pakai tshirt pagoda, lepak kat bus stop! Siapa lalu sana, kami bersalam lah macam orang salam raya tu. 

Kalau ada duit lebih, beli rokok! Kalau tak ada duit, beli rokok daun! 

Situasi sama berlaku bila saya dah bekerja di Kuala Lumpur ni. Hari raya pun saya pakai uniform! Pergi kerja macam biasa! Orang ingat saya keling juga! ( orang kampung saya cakap keling tu orang india ).

Kopiah tu pun biasa ada orang bagi, orang balik umrah atau haji bagi, tapi tak stailo la untuk orang muda macam saya. Jadi saya tetap akan beli sendiri. 

Tak tahu kenapa, bagi saya, sambutan bulan ramadhan amat bermakna. Melebihi sambutan raya pula. Mungkin tak ramai sedar macam saya, ketika menyambut ramadhan, orang ramai berterawih, berbuka puasa & bermorey sama. Saya dapat jumpa ramai kawan, saya dapat jumpa ramai tok guru agama, saya dapat solat bersama dengan ramai orang ternama, jumpa kumpulan ilmuan, jumpa kumpulan akedemik, malah turut sama dengan pemimpin negara. Saya kenal mereka! Mereka tak kenal saya! 

Saya tumpang bangga! Saya anggap mereka keluarga saya sepanjang bulan ramadhan! Sebulan penuh bersama mereka.. 

Waktu antara solat sunat witir & morey, saya lebih teruja! Kalau malam jumaat, menu hidangan morey adalah nasi minyak, daging rebus, daging masak kicap & air asam! 

Jazakallah khairan.. 

No comments: