Saturday, June 18, 2016

HALAL BAGI SAYA.. HARAM PADA TUAN..

Selawat dan salam ke atas junjungan.. 

Bila baca kisah ulamak Abu Abdul Rahman bin Al Mubarak Al Hanzhali Al Marwazi, saya tak kata saya hebat pula atau dah jadi baik. Cuma cerita itu memberi kesan pada saya. 

Minggu lepas bila semak baki akaun Maybank, saya dapati amaun nya masih RM1.02 sen. Bonus raya yang di umumkan kerajaan sebanyak RM500 dan bonus raya DBKL RM200 tak masuk ke akaun saya.

Saya merujuk / menelefon Jabatan Bendahari. Mereka minta saya merujuk ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dan Jabatan Pentadbiran. Saya terima hakikat, tahun ni saya tak dapat bonus. Dalam hati, tak apalah kerana bukan rezeki saya, ini ujian agaknya pada saya. 

Saya di tuduh menjatuhkan reputasi Datuk Bandar Kuala Lumpur. Sedangkan dalam penilaian dan carian di capaian internet, saya boleh sediakan berpuluh orang yang 'memaki hamun penguatkuasa dan DBKL' tanpa belas kasihan termasuk pegawai kanan jabatan. Mungkin nasib saya lebih 'malang' hanya kerana perkataan 'zalim'! 

Sebentar tadi, saya baca kisah haji mabrur dan kisah seorang tukang kasut yang menyebabkan 700 ribu jemaah haji di terima. Kemudian kisah balu enam anak dan bangkai daging keldai. Kisah seorang isteri yang mengidam makanan. Kisah tukang kasut yang memberi semua wang simpanan untuk mengerjakan haji kepada balu enam anak.

Paling saya sedih, kisah balu enam anak. 

" Sudah beberapa hari kami tak makan, di rumah tak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk di masak.. "

" Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tapi bagi Tuan, daging ini haram.. " 

Jazakallah Khairan.. 

No comments: