Monday, June 20, 2016

Ayah kamu kena tembak!

Selawat dan salam ke atas junjungan.

Insiden berlaku sekitar tahun 80an. Ada orang sampaikan pada mak, ayah kena tembak! Saya di suruh bersiap, tapi saya sendiri tak tahu mak nak bawa kemana. 

Kami hanya ke bandar Taiping. Di stesen bas lama bandar Taiping ada sebuah kedai kopi cina bawah pokok ketapang. Kenalan ayah tunjuk keratan akhbar ada gambar ayah. Saya baca keratan akhbar tersebut, ayah di tembak komunis di Lumut. Cedera di lengan. Hanya setelah beberapa hari ayah di tembak, saya baru tahu. 

Saya tak penah tengok pun kesan parut tersebut. Kerana sejak kecil, bila ayah balik, ayah bawa mak keluar. Saya tinggal bersama nenek. Saya tak pernah pula bertanya mak atau ayah mereka nak kemana. 

Jujurnya, saya tak penah berbual pun dengan ayah sepanjang hidup saya. Hanya memerhati dari jauh. 
Hanya mendengar cerita dari orang, hanya mendengar cerita kenalan ayah. Mak sendiri tak pernah menceritakan hal atau peribadi ayah pada saya. 

Tapi saya tahu ayah gemar berkemeja putih, berseluar hitam. Sesekali nampak ayah mengalih pistol dari pinggang. Ayah guna kereta morris minor atau austin. Saya tak ingat logo pada kereta, tapi macam kereta dalam filem James Bond lama tu. 

Kalau ayah datang pagi, saya akan nampak bekas ayah bersarapan. Roti bakar, telur setengah masak dan kopi o. Jadi saya tahu ayah ada balik rumah. Saya memang tak bercakap dengan mak sepanjang ayah berada di rumah. Sama ada saya keluar ke rumah jiran main bola atau saya ke rumah bapa saudara di hulu. 

Al Fatihah untuk ayah.. Hashim bin Saidin, MG 11047 




No comments: