Monday, November 28, 2016

Leman Sg Chincin

Tak tahu nak letak tajuk apa. Tapi kisah ini benar-benar berlaku beberapa tahun lalu. 


Saya fikir saya jahat! Saya juga fikir saya jahil. Saya cuba untuk berbuat baik, saya cuba buat secara sembunyi-sembunyi. Sebab banyak juga kisah para sahabat, mereka juga ada yang buat baik secara sembunyi-sembunyi. 


Jiran saya, Pak Tua. Hidup berseorangan. Oleh kerana dia berseorangan, saya cuba bantu hidup dia dengan memberikan dia wang belanja, mohonkan bantuan dari pusat zakat, dan ambil tahu tentang kesihatan dia. Saya berjiran dengan dia dari tahun 2002 hingga 2010. 


Alhamdulillah, sedikit sebanyak apa yang saya makan, dia dapat makan juga. Apa saya pakai, dia boleh pakai juga. Bila dia lapar, dia datang minta makanan, kalau dia nak belanja, saya bagi belanja. Sesekali bila tak sihat, dia minta belikan ubat. Kalau rasa sakit sangat, dia ajak ke klinik. 


Pada ketika dia menghembus nafasnya yang terakhir, saya dah ke tempat kerja. Dapat panggilan dari jiran mengatakan 'Pak Tua' dah tiada. 


Ketika sampai, saya lihat dia tertiarap di atas lantai. Kerana ketika orang nak masuk, pintu rumah berkunci. 


Datang seorang pemuda yang juga jiran saya. Nama Leman. Dia kerja mengambil upah kerja2 dalam kampung. Dia ambil upah mengali kubur juga. Dia banyak uruskan hal-hal berkaitan 'fardu kifayah' dalam kampung. Dulu ketika di kampung masih gotong royong kenduri, dia jugalah saya lihat yang sibuk uruskan hal kenduri kendara hinggalah pada urusan masjid. 


Sangat menyentuh hati saya, saya merasakan semua 'kebaikan saya pada Pak Tua' hilang begitu sahaja. Ketika saya lihat dia angkat 'jenazah' Pak Tua dengan penuh kasih sayang, dia lap muka Pak Tua dengan baju dia. Dia buang semut yang ada pada jasad Pak Tua yang mungkin kerana ada manisan minuman pada baju / pakaian Pak Tua pada malam sebelum ajalnya. 


Sangkaan saya, saya dah cukup baik. Rupanya si Leman ini telah membuktikan bahawa dia 'lebih baik' dari saya..


Jazakallah Khairan.. 

Saturday, August 6, 2016

Respon & alasan saya! #bolasepak

 Beberapa hari lepas, pasukan Fathur Karib kalah 10-0 dengan pasukan bolasepak DBKL. Ini merupakan kekalahan yang terburuk sejak saya kenal apa itu bolasepak. Mungkin ada yang anggap itu adalah 'nasib' yang akan di alami oleh mana-mana pasukan yang tidak mempunyai kumpulan pengurusan dan sumber kewangan yang baik. 

Sebenarnya, pada peringkat umur macam saya, saya lebih baik berada di dalam kumpulan pengurusan dan tidak mencampuri urusan melatih atau merekrut pemain yang lebih berbakat. 

Saya cuma ingin menyatakan pandangan saya, mengapa saya masih kekal setia bersama Fathur Karib. 

Saya sangat yakin, pihak pengurusan telah berusaha menyediakan satu platform untuk pemain baru mencipta nama di dalam bidang bolasepak. Setiap pemain mesti memiliki kriteria tertentu sebelum bergelar pemain negeri atau pemain profesional. 

Saya tak kejar kejayaan pasukan seperti pasukan JDT! Saya tak kejar elaun untuk memberi khidmat. Tapi saya bangga kerana berjaya bersama pasukan. Saya bangga dapat memberi peluang kepada pemain muda mencipta nama. 

Anda boleh datang dan pergi. Anda boleh pilih untuk bermain dengan pasukan yang lebih baik. Tapi anda tak mungkin bergelar sebagai pemain yang hebat jika anda tak pernah langsung bermain dalam Liga Divisyen 1 atau Divisyen 2. 

Kesimpulannya, jika anda berminat nak bermain ke peringkat yang lebih tinggi, anda di pelawa bersama pasukan kami. Mungkin masa depan anda akan lebih baik apabila anda berjaya mengharungi semusim liga dengan ikhlas. 

Percayalah, hari ini anda mungkin gelakkan pasukan saya kerana kami tak hebat. Jika bersama  pasukan 'underdog' pun anda tak mampu buat, bagaimana anda nak main dengan pasukan yang lebih hebat? 

Majulah Sukan Bola Sepak Untuk Negara.. 

Ikhlas dari saya,

Hisham bin Hashim
Penolong Pengurus
Pasukan Bolasepak Fathur Karib 

Monday, June 20, 2016

Ayah kamu kena tembak!

Selawat dan salam ke atas junjungan.

Insiden berlaku sekitar tahun 80an. Ada orang sampaikan pada mak, ayah kena tembak! Saya di suruh bersiap, tapi saya sendiri tak tahu mak nak bawa kemana. 

Kami hanya ke bandar Taiping. Di stesen bas lama bandar Taiping ada sebuah kedai kopi cina bawah pokok ketapang. Kenalan ayah tunjuk keratan akhbar ada gambar ayah. Saya baca keratan akhbar tersebut, ayah di tembak komunis di Lumut. Cedera di lengan. Hanya setelah beberapa hari ayah di tembak, saya baru tahu. 

Saya tak penah tengok pun kesan parut tersebut. Kerana sejak kecil, bila ayah balik, ayah bawa mak keluar. Saya tinggal bersama nenek. Saya tak pernah pula bertanya mak atau ayah mereka nak kemana. 

Jujurnya, saya tak penah berbual pun dengan ayah sepanjang hidup saya. Hanya memerhati dari jauh. 
Hanya mendengar cerita dari orang, hanya mendengar cerita kenalan ayah. Mak sendiri tak pernah menceritakan hal atau peribadi ayah pada saya. 

Tapi saya tahu ayah gemar berkemeja putih, berseluar hitam. Sesekali nampak ayah mengalih pistol dari pinggang. Ayah guna kereta morris minor atau austin. Saya tak ingat logo pada kereta, tapi macam kereta dalam filem James Bond lama tu. 

Kalau ayah datang pagi, saya akan nampak bekas ayah bersarapan. Roti bakar, telur setengah masak dan kopi o. Jadi saya tahu ayah ada balik rumah. Saya memang tak bercakap dengan mak sepanjang ayah berada di rumah. Sama ada saya keluar ke rumah jiran main bola atau saya ke rumah bapa saudara di hulu. 

Al Fatihah untuk ayah.. Hashim bin Saidin, MG 11047 




Saturday, June 18, 2016

HALAL BAGI SAYA.. HARAM PADA TUAN..

Selawat dan salam ke atas junjungan.. 

Bila baca kisah ulamak Abu Abdul Rahman bin Al Mubarak Al Hanzhali Al Marwazi, saya tak kata saya hebat pula atau dah jadi baik. Cuma cerita itu memberi kesan pada saya. 

Minggu lepas bila semak baki akaun Maybank, saya dapati amaun nya masih RM1.02 sen. Bonus raya yang di umumkan kerajaan sebanyak RM500 dan bonus raya DBKL RM200 tak masuk ke akaun saya.

Saya merujuk / menelefon Jabatan Bendahari. Mereka minta saya merujuk ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dan Jabatan Pentadbiran. Saya terima hakikat, tahun ni saya tak dapat bonus. Dalam hati, tak apalah kerana bukan rezeki saya, ini ujian agaknya pada saya. 

Saya di tuduh menjatuhkan reputasi Datuk Bandar Kuala Lumpur. Sedangkan dalam penilaian dan carian di capaian internet, saya boleh sediakan berpuluh orang yang 'memaki hamun penguatkuasa dan DBKL' tanpa belas kasihan termasuk pegawai kanan jabatan. Mungkin nasib saya lebih 'malang' hanya kerana perkataan 'zalim'! 

Sebentar tadi, saya baca kisah haji mabrur dan kisah seorang tukang kasut yang menyebabkan 700 ribu jemaah haji di terima. Kemudian kisah balu enam anak dan bangkai daging keldai. Kisah seorang isteri yang mengidam makanan. Kisah tukang kasut yang memberi semua wang simpanan untuk mengerjakan haji kepada balu enam anak.

Paling saya sedih, kisah balu enam anak. 

" Sudah beberapa hari kami tak makan, di rumah tak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk di masak.. "

" Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tapi bagi Tuan, daging ini haram.. " 

Jazakallah Khairan.. 

Saturday, June 4, 2016

Kopiah, Baju Melayu & Kain Pelikat!

Kalau di kampung dulu, ( Kg Kubu Bukit Gantang ), saya beli kopiah di Pasar Pagi / Malam Changkat Jering. Baju melayu kain cotton pula di Bazar Melayu atau Bazar Bangunan Sri Larut. Kain pelikat jarang beli, biasa dapat sumbangan dari kawan-kawan mak atau mak dah pesan dari penjual kain nama Jabbar. Anak dia adalah kenalan saya di sekolah rendah. Dengan modal rm30 ringgit, dapatkah saya beli semua tu. Boleh pakai sepanjang bulan ramadhan.

Raya nanti, saya tak kisah sangat pakai baju apa pun, biasanya lepas sembahyang raya, ziarah kubur, masing-masing dah ikut keluarga masing-masing. Saya pula, tukar seluar jeans, pakai tshirt pagoda, lepak kat bus stop! Siapa lalu sana, kami bersalam lah macam orang salam raya tu. 

Kalau ada duit lebih, beli rokok! Kalau tak ada duit, beli rokok daun! 

Situasi sama berlaku bila saya dah bekerja di Kuala Lumpur ni. Hari raya pun saya pakai uniform! Pergi kerja macam biasa! Orang ingat saya keling juga! ( orang kampung saya cakap keling tu orang india ).

Kopiah tu pun biasa ada orang bagi, orang balik umrah atau haji bagi, tapi tak stailo la untuk orang muda macam saya. Jadi saya tetap akan beli sendiri. 

Tak tahu kenapa, bagi saya, sambutan bulan ramadhan amat bermakna. Melebihi sambutan raya pula. Mungkin tak ramai sedar macam saya, ketika menyambut ramadhan, orang ramai berterawih, berbuka puasa & bermorey sama. Saya dapat jumpa ramai kawan, saya dapat jumpa ramai tok guru agama, saya dapat solat bersama dengan ramai orang ternama, jumpa kumpulan ilmuan, jumpa kumpulan akedemik, malah turut sama dengan pemimpin negara. Saya kenal mereka! Mereka tak kenal saya! 

Saya tumpang bangga! Saya anggap mereka keluarga saya sepanjang bulan ramadhan! Sebulan penuh bersama mereka.. 

Waktu antara solat sunat witir & morey, saya lebih teruja! Kalau malam jumaat, menu hidangan morey adalah nasi minyak, daging rebus, daging masak kicap & air asam! 

Jazakallah khairan.. 

Friday, June 3, 2016

Ramadhan..

Setiap kali datang ramadhan, hati mula sebak! Fikiran jauh melayang, rasa terganggu dengan macam-macam perkara. Tapi tak ramai perasan, sejak saya bekerja di ( dirahsiakan, kerana mereka malu mengaku saya kakitangan mereka ), saya akan bercuti! Paling kurang 5 hari di awal ramadhan. 

Saya tak la alim sangat, nak mengejar terawih atau pahala puasa di awal ramadhan, tapi saya akan selesa jika tiada gangguan pekerjaan atau hal seperti penjaja bazar ramadhan, persatuan penjaja berebut tapak, atau sibuk nak buat kawalan penjaja di bazar masjid india. 

Antara perkara yang saya buat di awal ramadan: 

1. Kira jumlah duit di tangan & dalam akaun bank ( biasanya tiada baki dalam akaun ) 
2. Ziarah kubur mak
3. Ambil borang tahlil arwah & bayaran / sumbangan derma berbuka puasa & morey
4. Memastikan badan sihat sepanjang bulan ramadhan 
5. Beli kopiah, baju melayu kain cotton & kain pelikat 

Kalau di tempat kerja, dulu saya akan ambil tahu siapa jadi amil, bila ada gotong royong buat bubur lambuk, bila ada majlis berbuka puasa dan majlis sumbangan anak yatim. Tapi sejak 4 atau 5 tahun ni, saya tak ambil peduli dah. 

Pesanan untuk kawan-kawan, jagalah kesihatan di sepanjang bulan ramadhan ni, nak ajak berterawih, kita mungkin tak sama qariah, nak ajak bertadarus, saya tak pandai mengaji, nak ajak beli juadah berbuka, saya tak suka makanan di bazar.. 

Jika ada jemputan berbuka, insyallah saya sampai. Boleh juga berkenalan dengan bakal mak & ayah mertua.. 

Jazakallah khairan.. 

Monday, May 2, 2016

Batas! *Tidak Ada New York Hari Ini #AADC2

Semua perihal diciptakan sebagai batas. Membelah sesuatu dari sesuatu yang lain. Hari ini membatasi besok dan kemarin. Besok batas hari ini dan lusa. Jalan-jalan memisahkan deretan toko dan perpustakaan kota, bilik penjara dan kantor walikota, juga rumahmu dan seluruh tempat di mana pernah ada kita.

Bandara dan udara memisahkan New York dan Jakarta. Resah di dadamu dan rahasia yang menanti di jantung puisi ini dipisah kata-kata. Begitu pula rindu, hamparan laut dalam antara pulang dan seorang petualang yang hilang. Seperti penjahat dan kebaikan dihalang uang dan undang-undang.

Seorang ayah membelah anak dari ibunya—dan sebaliknya. Atau senyummu, dinding di antara aku dan ketidakwarasan. Persis segelas kopi tanpa gula menjauhkan mimpi dari tidur.

Apa kabar hari ini? Lihat, tanda tanya itu, jurang antara kebodohan dan keinginanku memilikimu sekali lagi.

Karya

Aan Mansyur
Khamis, 28 April 2016

Friday, April 29, 2016

Kuala Berlumpur 1857!

Pertama kali jejak kaki di Kuala Berlumpur ni tahun 1986 atau 1987, berhenti seketika tukar bas menghala ke Kuala Tembeling sebelum menaiki bot ke Taman Negara. Program sekolah. 

Pejabat Pos & Dayabumi! Itu saya nampak dulu, sebelum singgah Masjid Negara untuk solat subuh. 

Tahun 1999, saya terima tawaran berkhidmat dengan DBKL. Selepas lapur diri di Direktorat Penguatkuasaan, kami di bawa ke Ibu pejabat DBKL Jalan Raja Laut. Pegawai yang memberi taklimat dan penerangan tentang perjawatan, syarat perkhidmatan dan sedikit sejarah Kuala Lumpur. Tak silap saya nama pegawai yang melayan kami bernama Ngah Lamin.

Dalam masa tempoh kontrak, saya tertarik pada maklumat 'mercu tanda' Kuala Lumpur. Sepatutnya, sejak penubuhan DBKL lagi, ada peruntukan membina mercu tanda Kuala Lumpur di pertembungan Sungai Gombak & Sungai Klang. Dimana nama Kuala Lumpur mendapat nama. Saya di fahamkan, hingga hari ini, peruntukkan tersebut dah menjadi jutaan ringgit dan tak ada siapa pun berani mencadang atau membina mercu tanda tersebut! 

Kemudian kisah DBKL beli kapal selam. Tapi cerita ini biarlah rahsia. Jika nak tahu juga kisah sebenar, saya boleh ceritakan secara lisan sambil belanja saya makan Ayam Nando's.

Kuala Lumpur memang bermula sebagai kota liburan, di benarkan aktiviti pelacuran, aktiviti perjudian, aktiviti mabuk atau arak. Bermula sebagai kota yang di kuasai oleh kumpulan samseng dan kongsi gelap. 

Saya merujuk pada Kapitan Hiu Siew, Kapitan Yap Ah Loy, Kapitan Chong Chong. Kalau mereka hidup lagi, mungkin saya juga adalah kuncu-kuncu mereka bersama dengan DBKL dan bergaya ala Al Pacino The Godfather.

Sekian. Maklumat Kuala Berlumpur dari saya.. 


Wednesday, April 27, 2016

Sehimpun Puisi #AADC2

Resah di dada mu
Dan rahasia menanti di jantung puisi ini
Di pisah kata-kata

Begitu juga rindu
Lihat tanda tanya itu
Curang antara kebodohan dan keinginan itu
Memiliki mu sekali lagi...

Ann Mansyur