Wednesday, December 31, 2014

Tahun Baru!

Selawat dan salam ke atas junjungan.. Pilih untuk tulis dalam blog, walaupun tajuk sebenar rasa sesuai di twitter. Saya pengemar twitter kerana ayat pendek dan ringkas untuk menyampaikan sesuatu. Tapi tak mengapalah sesekali saya tulis dalam blog juga. 

Tak ada kaitan pun dengan tajuk, selain cinta, saya tak percaya pada sambutan tahun baru juga. Ha3! 
Tapi dapat juga pesanan ringkas / whatsap dari kawan2 lain, malam ni JAWI ada buat operasi. Sentiasa terfikir dalam hati, kenapa mesti nak buat 'sesuatu' pada malam tahun baru? Ada beratus hari lagi dalam setahun yang kita boleh buat apa sahaja. Kan. 

Saya sentiasa fikir benda pelik! Termasuk gambar bencana banjir. Dah hampir setiap posting kawan saya dapati ada gambar bencana banjir yang telah di edit. Atau gambar yang langsung tiada kaitan. Begitu juga nukilan orang tertentu yang langsung tak buat saya percaya bahawa mereka adalah mangsa sebenar bencana banjir. 

Orang macam saya mungkin banyak senyum dan gelak pada telefon dari bercakap dengan orang. Tapi tak terfikir pula nak karang ayat yang boleh buat orang terpedaya. Saya akan tulis apa yang terlintas di hati. Hanya kemarahan memuncak apabila lihat kawan2 menyebar berita yang salah, bersifat politik yang mengaibkan orang dan berat sebelah. 

Tak rasa pelik ke kalau kita tak boleh beza yang baik dan buruk? Saya tak rasa bangga pun jika orang puji saya atas kesalahan dan atas aib orang lain. Tapi saya ada pandangan yang memudahkan orang faham bahawa kejadian atas muka bumi ini ada sebab yang menjadikan kita berbagai ragam. 

Paling kecewa bila lihat gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mereka boleh benarkan dia harung banjir dengan keadaannya.. Saya pula rasa bersalah! Kerana tak berupaya menegur mereka yang mahu 'Islam' dengan cara begitu.. 

No comments: