Wednesday, October 1, 2014

Di telan mati mak! Di luah mati pak!

Melayu sentiasa berkias & berlapik dalam perbualan. Tapi itu dulu!

Hari ini, orang tak faham bahasa dah! Kalau dulu sebut tak faham bahasa, itu nak menunjukkan atau mengatakan seseorang itu kurang ajar. Bukan sebab dia tak reti berbahasa jawa, minang atau arab! :p

Mengapa saya pilih mati 'mak' & mati 'pak' tu? Sebab saya rasa relevan dengan maksud yang ingin saya sampaikan. Iaitu perasan yang membuatkan kita tak boleh buat keputusan. Perasaan simpati atau perasaan sedih kerana perkara yang kita tak boleh campuri.

Orang ragu-ragu dengan status saya, orang tak puas hati dengan ayat atau tulisan saya, orang mengutuk atau memperlekeh usaha atau niat saya. Orang pelik dengan kelayakkan dan jawatan saya.

Mengapa saya bimbang? Sebab saya tahu kelemahan saya, saya yang pilih kerjaya ini ( penguatkuasa DBKL ). Saya yang ingin berkhidmat di sini. Bukan kerana pangkat, bukan kerana gaji, bukan kerana nak menghasut atau mempengaruhi sesiapa untuk percaya pada kata-kata saya. Tapi saya letak niat itu pada berkhidmat kepada pemerintah. Berkhidmat kerana amanah, berkhidmat kerana tanggungjawab saya sebagai manusia. Menjaga hubungan saya dengan manusia. Supaya saya dapat jaga hubungan saya dengan Tuhan.. Ayat arabnya, ' hablum minAllah.. hablum minanas.. '

Sebagai manusia yang hina ini, saya percaya jika hubungan dengan manusia pun tak boleh jaga dengan baik,  macam mana nak jaga hubungan dengan Allah?

Jadi, kita sama-sama lah bina hubungan itu. Walau sedikit, walau pendek, walau sekelumit..

Wallahualam..

No comments: