Tuesday, October 14, 2014

Che Pah & 25 tahun!

Sejauh mana pun anda fikir atau bayangkan tajuk tersebut, tiada siapa pun akan faham maksud saya. Tulisan dan cara saya menulis sentiasa membawa maksud yang berlainan. Saya boleh di anggap 'syok sendiri'.. :p

Che Pah hanya kenalan. Kenal di tingkatan dua. Tamat kenal selepas hari terakhir SPM di tingkatan lima. Saya tak dapat khabar berita pun darinya. Sepanjang tempoh tersebut, kami tak pernah berbual atau mengambil tahu pun apa-apa. Walau pun Che Pah adalah rakan sebelah kiri saya sejak tingkatan dua hingga tamat persekolah. Secara kebetulan sahaja.

Tak mahu saya gambarkan rupa Che Pah. Saya lupa dah! Kalau tak pernah bertegur sapa, apa sangat lah yang saya ingat tentang dirinya. Senyum pun tidak kot! Saya akui saya mengelak berinteraksi dengan perempuan! :p

Yang lekat di fikiran saya adalah, tempoh 25 tahun tersebut! Jumlah masa yang berlalu. Tapi bila ada kawan yang bertemu, mereka cakap 'ada sinar dalam mata yang bercerita'..

Saya nak balas cakap apa? Saya hanya fikir jarak 25 tahun sahaja. Segala yang berlaku sejak 25 tahun lalu saya lupa! Saya paksa diri untuk ingat kisah 25 tahun lalu. Kisah di tingkatan dua hingga lima..

Apa yang mampu saya ceritakan adalah masa! Masa mengubah orang, mengubah segalanya tentang rakan, sahabat atau pasangan atau sesiapa sahaja.

Tapi yang menyedihkan saya, saya lupa segalanya tentang mereka, saya lupakan semua kenangan bersama mereka. Salah saya tidak menjaga persahabatan. Salah saya tidak memelihara hubungan.

Kesimpulannya, rupa, harta, kekayaan, pekerjaan dan pangkat memainkan peranan penting. Apabila kita tiada rupa, tiada harta, tiada kekayaan, pekerjaan yang baik atau pangkat yang lebih tinggi. Kawan-kawan pun akan lupa kita..

Sejauh mana pun kita nak ubah diri, kita tak akan mampu menipu diri sendiri. Ilmu yang di tuntut juga jadi sia-sia.

Maafkan saya! Kenangan dan masa yang lepas itu sahajalah harta kekayaan yang saya ada!

Wassalam!

Wednesday, October 1, 2014

Di telan mati mak! Di luah mati pak!

Melayu sentiasa berkias & berlapik dalam perbualan. Tapi itu dulu!

Hari ini, orang tak faham bahasa dah! Kalau dulu sebut tak faham bahasa, itu nak menunjukkan atau mengatakan seseorang itu kurang ajar. Bukan sebab dia tak reti berbahasa jawa, minang atau arab! :p

Mengapa saya pilih mati 'mak' & mati 'pak' tu? Sebab saya rasa relevan dengan maksud yang ingin saya sampaikan. Iaitu perasan yang membuatkan kita tak boleh buat keputusan. Perasaan simpati atau perasaan sedih kerana perkara yang kita tak boleh campuri.

Orang ragu-ragu dengan status saya, orang tak puas hati dengan ayat atau tulisan saya, orang mengutuk atau memperlekeh usaha atau niat saya. Orang pelik dengan kelayakkan dan jawatan saya.

Mengapa saya bimbang? Sebab saya tahu kelemahan saya, saya yang pilih kerjaya ini ( penguatkuasa DBKL ). Saya yang ingin berkhidmat di sini. Bukan kerana pangkat, bukan kerana gaji, bukan kerana nak menghasut atau mempengaruhi sesiapa untuk percaya pada kata-kata saya. Tapi saya letak niat itu pada berkhidmat kepada pemerintah. Berkhidmat kerana amanah, berkhidmat kerana tanggungjawab saya sebagai manusia. Menjaga hubungan saya dengan manusia. Supaya saya dapat jaga hubungan saya dengan Tuhan.. Ayat arabnya, ' hablum minAllah.. hablum minanas.. '

Sebagai manusia yang hina ini, saya percaya jika hubungan dengan manusia pun tak boleh jaga dengan baik,  macam mana nak jaga hubungan dengan Allah?

Jadi, kita sama-sama lah bina hubungan itu. Walau sedikit, walau pendek, walau sekelumit..

Wallahualam..