Wednesday, December 31, 2014

Tahun Baru!

Selawat dan salam ke atas junjungan.. Pilih untuk tulis dalam blog, walaupun tajuk sebenar rasa sesuai di twitter. Saya pengemar twitter kerana ayat pendek dan ringkas untuk menyampaikan sesuatu. Tapi tak mengapalah sesekali saya tulis dalam blog juga. 

Tak ada kaitan pun dengan tajuk, selain cinta, saya tak percaya pada sambutan tahun baru juga. Ha3! 
Tapi dapat juga pesanan ringkas / whatsap dari kawan2 lain, malam ni JAWI ada buat operasi. Sentiasa terfikir dalam hati, kenapa mesti nak buat 'sesuatu' pada malam tahun baru? Ada beratus hari lagi dalam setahun yang kita boleh buat apa sahaja. Kan. 

Saya sentiasa fikir benda pelik! Termasuk gambar bencana banjir. Dah hampir setiap posting kawan saya dapati ada gambar bencana banjir yang telah di edit. Atau gambar yang langsung tiada kaitan. Begitu juga nukilan orang tertentu yang langsung tak buat saya percaya bahawa mereka adalah mangsa sebenar bencana banjir. 

Orang macam saya mungkin banyak senyum dan gelak pada telefon dari bercakap dengan orang. Tapi tak terfikir pula nak karang ayat yang boleh buat orang terpedaya. Saya akan tulis apa yang terlintas di hati. Hanya kemarahan memuncak apabila lihat kawan2 menyebar berita yang salah, bersifat politik yang mengaibkan orang dan berat sebelah. 

Tak rasa pelik ke kalau kita tak boleh beza yang baik dan buruk? Saya tak rasa bangga pun jika orang puji saya atas kesalahan dan atas aib orang lain. Tapi saya ada pandangan yang memudahkan orang faham bahawa kejadian atas muka bumi ini ada sebab yang menjadikan kita berbagai ragam. 

Paling kecewa bila lihat gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mereka boleh benarkan dia harung banjir dengan keadaannya.. Saya pula rasa bersalah! Kerana tak berupaya menegur mereka yang mahu 'Islam' dengan cara begitu.. 

Wednesday, December 24, 2014

Saya & Krismas!

Sekitar 90an.. Saya agak sekitar 95 atau 96.. Saya bekerja sambilan di KFC Taiping. Saya cuma ingat beberapa nama. Khairul, Zarina, Ema, Joe,  Ina, Bibi, Phang, Mr Khor, Salim, Nasa ( ini abang saudara saya ) Yuzaidi, Intan, Hasnun, Shidah, Ayu *nama sebenar Satira Maiza, Soo  ( banyak juga nama saya masih ingat.. )

Pada sambutan raya Krismas diantara tahun2 tu, saya dan beberapa rakan subahat, mencari pokok krismas. Nama melayu pokok tu pokok rhu la kot, sebab menyerupai. Yang buat saya ingat sebab pokok tu di curi di Tanah Perkuburan Tentera di jalan masuk Bukit Larut tu. Hi3!

Kemudian pokok itu akan di hias di dalam kawasan premis / restoran. Letak hadiah & hiasan sepertimana sambutan Krismas. Malah tingkap, syiling restoran juga di warnakan mengikut tema.. Biasa lukis gambar kartun disney & hiasan reben & belon. Pasang lagu2 berkaitan dengan Krismas.

Yang menyebabkan saya suka kerana, pada malam Krismas tu, semua kawan2 yang bercuti dari outlet lain akan datang. Ada dari Penang, ada dari Ipoh malah ada dari KL..

Biasanya berkumpul dan makan dan menari dan menyanyi. Masa tu kawan saya Ema ni pandai sikit menyanyi. Setakat Mariah Carey & Ziana Zain tu memang selamba jer.. Kali terakhir jumpa dia dah berkahwin dan jadi Pegawai Imigresen.

Bertukar2 hadiah, ada cat walk, ada pakaian beragam ( masquerade party ) pakai cantik2 dan berkenalan dengan kawan2 baru dari outlet lain..

Sebahagian dari cerita sahaja.. Tapi itu lah Krismas yang saya sambut.. :p

Tuesday, October 14, 2014

Che Pah & 25 tahun!

Sejauh mana pun anda fikir atau bayangkan tajuk tersebut, tiada siapa pun akan faham maksud saya. Tulisan dan cara saya menulis sentiasa membawa maksud yang berlainan. Saya boleh di anggap 'syok sendiri'.. :p

Che Pah hanya kenalan. Kenal di tingkatan dua. Tamat kenal selepas hari terakhir SPM di tingkatan lima. Saya tak dapat khabar berita pun darinya. Sepanjang tempoh tersebut, kami tak pernah berbual atau mengambil tahu pun apa-apa. Walau pun Che Pah adalah rakan sebelah kiri saya sejak tingkatan dua hingga tamat persekolah. Secara kebetulan sahaja.

Tak mahu saya gambarkan rupa Che Pah. Saya lupa dah! Kalau tak pernah bertegur sapa, apa sangat lah yang saya ingat tentang dirinya. Senyum pun tidak kot! Saya akui saya mengelak berinteraksi dengan perempuan! :p

Yang lekat di fikiran saya adalah, tempoh 25 tahun tersebut! Jumlah masa yang berlalu. Tapi bila ada kawan yang bertemu, mereka cakap 'ada sinar dalam mata yang bercerita'..

Saya nak balas cakap apa? Saya hanya fikir jarak 25 tahun sahaja. Segala yang berlaku sejak 25 tahun lalu saya lupa! Saya paksa diri untuk ingat kisah 25 tahun lalu. Kisah di tingkatan dua hingga lima..

Apa yang mampu saya ceritakan adalah masa! Masa mengubah orang, mengubah segalanya tentang rakan, sahabat atau pasangan atau sesiapa sahaja.

Tapi yang menyedihkan saya, saya lupa segalanya tentang mereka, saya lupakan semua kenangan bersama mereka. Salah saya tidak menjaga persahabatan. Salah saya tidak memelihara hubungan.

Kesimpulannya, rupa, harta, kekayaan, pekerjaan dan pangkat memainkan peranan penting. Apabila kita tiada rupa, tiada harta, tiada kekayaan, pekerjaan yang baik atau pangkat yang lebih tinggi. Kawan-kawan pun akan lupa kita..

Sejauh mana pun kita nak ubah diri, kita tak akan mampu menipu diri sendiri. Ilmu yang di tuntut juga jadi sia-sia.

Maafkan saya! Kenangan dan masa yang lepas itu sahajalah harta kekayaan yang saya ada!

Wassalam!

Wednesday, October 1, 2014

Di telan mati mak! Di luah mati pak!

Melayu sentiasa berkias & berlapik dalam perbualan. Tapi itu dulu!

Hari ini, orang tak faham bahasa dah! Kalau dulu sebut tak faham bahasa, itu nak menunjukkan atau mengatakan seseorang itu kurang ajar. Bukan sebab dia tak reti berbahasa jawa, minang atau arab! :p

Mengapa saya pilih mati 'mak' & mati 'pak' tu? Sebab saya rasa relevan dengan maksud yang ingin saya sampaikan. Iaitu perasan yang membuatkan kita tak boleh buat keputusan. Perasaan simpati atau perasaan sedih kerana perkara yang kita tak boleh campuri.

Orang ragu-ragu dengan status saya, orang tak puas hati dengan ayat atau tulisan saya, orang mengutuk atau memperlekeh usaha atau niat saya. Orang pelik dengan kelayakkan dan jawatan saya.

Mengapa saya bimbang? Sebab saya tahu kelemahan saya, saya yang pilih kerjaya ini ( penguatkuasa DBKL ). Saya yang ingin berkhidmat di sini. Bukan kerana pangkat, bukan kerana gaji, bukan kerana nak menghasut atau mempengaruhi sesiapa untuk percaya pada kata-kata saya. Tapi saya letak niat itu pada berkhidmat kepada pemerintah. Berkhidmat kerana amanah, berkhidmat kerana tanggungjawab saya sebagai manusia. Menjaga hubungan saya dengan manusia. Supaya saya dapat jaga hubungan saya dengan Tuhan.. Ayat arabnya, ' hablum minAllah.. hablum minanas.. '

Sebagai manusia yang hina ini, saya percaya jika hubungan dengan manusia pun tak boleh jaga dengan baik,  macam mana nak jaga hubungan dengan Allah?

Jadi, kita sama-sama lah bina hubungan itu. Walau sedikit, walau pendek, walau sekelumit..

Wallahualam..

Saturday, September 27, 2014

Penguatkuasa? Apa tu?

Macam-macam kerja saya buat sebelum dapat tawaran kerja sebagai penguatkuasa di DBKL. Memang tak kisah pun kerja apa, asalkan dapat gaji. Masa muda-muda dulu, kerja bawa arak pun pernah. Kerja di Pasaraya Store. Oleh kerana tidak ada melayu yang sanggup, saya tawarkan diri untuk pindahkan beberapa karton arak.

Niat saya ketika itu, nak selamatkan melayu lain dari dapat dosa, biarlah saya seorang yang berdosa. Saya pun pikul dan bawa arak-arak tersebut ke tempat yang di arahkan. Jika dosa itu yang saya dapat, saya fikir itu dosa yang paling bermakna & menjadi tauladan.

Ketika pintu rumah di ketuk, saya ingat orang datang nak tarik kereta. Sebab dah beberapa bulan kereta tak bayar. Rupanya penghantar surat dari DBKL hantar surat tawaran lapur diri sebagai Penguatkuasa DBKL. Dalam hati, ini lah rezeki yang saya tak akan tolak. Bekerja dengan pemerintah! Dah lama simpan cita-cita nak berkhidmat dengan kerajaan.

Balik kampung dan beritahu emak.

"Emak, Sham dapat kerja sebagai penguatkuasa di KL."

"Kerja apa tu?"

"Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, macam Majlis Perbandaran Taiping tu.."

"Oo.. Kerja Majlis Bandaran, yang sapu sampah tu kan? Bagus la.. Dapat juga gaji, boleh kawin sara anak bini juga nanti.. "

"Emm.. Yela mak.. Sham tak kisah.. "

Itu perbualan saya dengan emak saya.. 16 tahun lalu.

Tak sampai setahun kerja, ada orang kampung nampak saya kat KL agaknya, masa tu telefon baru masuk di rumah kampung, dapat panggilan dari mak

"Kamu kerja penguatkuasa yang saman-saman orang tu ke? "

"Haah mak. Kenapa?"

"Banyak la kamu makan rasuah?"

"Hiss.. Mak ni. Siapa bagi tau?"

"Ada jiran ni bagi tau.."

"Nanti sham balik, sham akan bagitau mak, sebab sham masuk bahagian sukan, jadi sham banyak main sukan je..

Bayangkan persepsi yang masyarakat bina untuk warga penguatkuasa. Mak sendiri pun boleh hilang percaya! Apa lagi orang lain!

Wallahualam..

Monday, August 4, 2014

Rupanya Tuhan jadikan kita berpuak-puak dan berbeza darjat!

Sepatutnya saya menulis dalam ruang politik dan agama, blog hooliganatwork. Tapi saya merasakan tajuk ini memiliki rasa cinta pada manusia dan kisah berbilang tabiat manusia. Maka saya pilih untuk catatkan pada ruang sosial shamhashim.blogspot.

Lintasan yang berlaku sejak ramadhan dan awal syawal ini adalah gambar dan perbualan / chat kumpulan whatsapp. Kerana menemukan beberapa rakan dan kenalan dari kampung dan sekolah dan kisah kejayaan mereka menempuh perjalanan hidup masing-masing. 

Penceritaan dan berita yang saya baca dan dapat tahu, lebih menyayat hati. Sepertimana waris kapal terbang yang hilang dan yang ditembak jatuh dan mati. Beberapa rakan telah pergi kerana sakit dan menderita penyakit yang bakal menyebabkan mati. Ada yang kemalangan, ada yang cedera, ada yang dipotong kaki, ada yang menngidap barah / kanser dan ada yang lumpuh dan tidak lagi kenal akan kawan. 

Melihat kesungguhan kawan-kawan yang lain menyediakan tabung bantuan dan sumbangan wang ringgit dan ada yang membawa ubat dan pelbagai lagi bentuk sumbangan. Ada yang dah sangat berjaya, ada yang dah kaya raya, ada yang popular, ada yang dah macam wakil rakyat dan qda juga yang dah gila kerana tekanan dan memiliki masalah yang kita tak boleh selesaikan. 

Saya hilang punca. Kerana saya masih sama. Maju kedepan pun tidak, undur kebelakang pun tidak. Nak membantu yang susah dan sakit pun tak mampu, nak duduk minum dan makan semeja dengan mereka yang dah berjaya pun rasa malu. 

Bila tanya pakai kereta apa, bila tanya rumah dimana, itu sahajalah pertanyaan yang terakhir atau itulah perbualan terakhir yang saya akan dapat. Tiada lagi undangan ke majlis. Tiada lagi ajakan ke kedai minum atau pesanan ringkas memaklumkan hal-hal semasa perkembangan kawan-kawan yang lain.

Mulanya saya anggap mereka yang pelik, tapi bila setiap kumpulan yang pernah mengenali bertindak demikian, maka saya sangat pasti bahawa bukan salah mereka. Salah saya kerana tidak pandai bergaul dan menyesuaikan diri dengan mereka. Atau, mungkin juga dengan cara kefahaman saya tentang politik dan menerangkan perjalanan sebuah kerajaan dan pemerintahan bentuk negara yang demokrasi. Mereka anggap dengan sokongan dan pangkah undi itu adalah jaminan dosa mereka terhapus kerana percaya pada ulama yang menjadikan logo politik itu satu jalan mencari syurga.

Saya masih membuang masa dengan memerhati dan membaca status facebook kawan-kawan lain, saya masih baca isi kandungan kumpulan whatsapp dan saya masih melihat bentuk hubungan antara kawan-kawan yang saya sendiri rasa malu kerana tak dapat jadi macam mereka. 

Ketika saya anjurkan bahawa saya tidak mahu bermesej atau menghantar pesanan ringkas pada sesiapa sahaja selepas 10 malam, mereka anggap saya bergurau, tapi bukan saya menjaga masa saya, saya lebih menghormati masa dan waktu mereka bersama pasangan masing-masing. Jika si isteri pada suami dan anak-anaknya, jika si suami, tumpuan pada keperluan isterinya. Saya bimbang saya salah menyebut beberapa patah perkataan atau ayat yang mungkin menyebabkan keluarga mereka pula berantakan. 

Saya suka bersama kawan, saya suka bersama teman. Begitu juga pada mereka yang boleh menerima lawak dan jenaka saya. Saya juga tak kisah mendengar lawak dan jenaka mereka juga. Hanya kerana saya fikirkan kawan-kawan saya lebih berjaya dalam kerjaya dan lebih pandai bersosial daripada saya. 

Jadi lebih baik saya diam. 


Sunday, May 4, 2014

Mengintainya.. tapi dalam hati!

Banyak perkara terjadi dalam hati.. bukan semua perkara kita boleh nyatakan..

Hati kita tak sama.. esok esok mungkin berubah lagi..

Kalau ada pun perkara yang benar.. mana mungkin kita nyatakan pendirian jika hanya akan melukakan hatinya lagi..

Dan saya masih suka awak!

Thursday, April 24, 2014

Perempuan, Datang dan Pergi Sesuka Hatinya..

Rasa berbunga-bunga hati bila sebut pasal perempuan, tapi saya tetap mencintai 'perempuan' walau di benci atau di salah erti.

Bukan nak mengayat, tapi itu realiti. Ibu, nenek, kakak, adik atau anak yang perempuan, mereka harus di 'cintai', ( larangan pada yang bergelar isteri orang) 

"Merah tanah kubur isterinya, dah menikah satu lagi.. " 

Bukan saya tak cinta atau percaya pada cinta, tapi kalau dah namanya lelaki, saya juga susah nak jawab kalau belum mati pun dah ada niat nak menikah & tambah lagi. Bunyi ayat macam kasar, tapi itu kelebihan pada lelaki muslim yang berkemampuan. ( jika saya tak menulis lagi selepas ini, saya mungkin dah cedera parah atau dah di talkinkan) 

Sifat perempuan juga begitu, hanya boleh di sayangi tetapi tidak untuk difahami..

Salam jumaat.. ;) 

Monday, March 17, 2014

Api ini tak pernah mati!

Satu tangan terbakar sejuta tangan mengenggam lebih erat lagi
Maka keramatlah sesebuah institusi yang memahkotakan rakyat daripada generasi ke generasi..

Wajah dan lenggang mu boleh berubah
Suara dan nada mu terkocak gundah
Namun jiwa mu tetap tidak mungkir
Untuk agama bangsa dan tanah air..

Monday, January 13, 2014

Wahab Geduk, Lope dan Dunia!

Wahab Geduk tu kawan saya, Lope tu pula saya kenal sebagai orang yang mengambil upah mencari kayu api dan menjaga lembu. Tak ingat pula saya asal usul Lope tu, tapi saya rasa hanya di kampung sebelah. Yang peliknya saya lupa juga nama kampung tu. 

Wahad Geduk pula saya kenal semua ahli keluarganya. Membesar bersama, cuma dia tak sempat sekolah. Seingat saya bersamanya dia hanya boleh tulis namanya sahaja. 'Wahab'! Entah apa pula pekerjaannya sekarang, tapi ketika sama-sama membesar dulu, kami selalu mencuri buah-buahan dalam kampung. Banyak juga kebun-kebun orang lain kami 'teroka'! Selain itu, kami juga aktif mencuri di pasaraya atau supermarket. 

Bak kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu juga saya dan Wahab. Kena tangkap juga. Pasaraya The Store di Bandar Taiping tu. Dulu di kenali dengan nama Taiping Supermarket, sebelah Larut Matang Supermarket. Berkaitan dengan buah-buahan dalam kampung tu saya dah berjaya 'minta maaf' dengan pemilik-pemilik kebun. Yang kena tangkap di supermarket tu, kena ketuk ketampi 100 kali. 

Kisah sebenar, saya tak mencuri. Tapi saya bersamanya. Ketika kena tangkap pun, saya mengaku tidak mencuri dan tiada apa pun barangan curi di badan saya. Tapi ketika Wahab di tangkap, timbul rasa 'brotherhood' yang menyebabkan saya mengaku bersamanya. Dan sama-sama menjalani hukuman denda ketuk ketampi tersebut.

Manakala kisah Lope ini pula, seorang pemuda yang jauh lebih tua dari saya, orang yang tidak pernah bersekolah, tidak pernah berkasut, hanya ada sebuah basikal tua yang di gunakan untuk mengangkut kayu. Parang atau gergaji pun tidak ada. Dia akan pinjam dari sesiapa. Seikat kayu yang biasa muat atas basikal. Harga upahnya 2 atau 3 ringgit bagi satu muatan. Dan biasanya cukup untuk kegunaan seminggu. Pakaian nya hanya kemeja dan kain pelikat yang di ikat separuh lutut. Warna kain dan kemeja hampir kelabu! Kerana lusuh dan 'makan dek hari'. 

Kemudian ada seorang lagi, abang ni orang agak takut nak dekat termasuk saya , namanya 'Sooed'! Oleh kerana lesen besarnya keluar masuk pusat pemulihan / rawatan orang gila, saya juga takut untuk dekat dengannya.

Wahab, saya tahu masih hidup, yang Lope dan Sooed ni saya tak pasti. Ketika saya masih bujang dulu, pernah juga bertemu di surau dan masjid. Tapi sekadar bersalam dan bertanya khabar sahaja. Atau kalau ternampak di kedai kopi, saya akan cuba belanja mereka makan dan minum. 

Ketika pilihanraya yang lepas, saya nampak Wahab dengan 'Senapang Angin' nya.. Menurut kawan-kawan, dia ambil upah tembak babi dalam kampung. Entah benar atau tidak, wallahualam! :) 

Apa kena mengena mereka dan saya? Saya cuba sampaikan bahawa, Wahab, Lope atau Sooed tiada beza dengan saya. Di sisi manusia lain, mereka tidak mendatangkankan apa-apa kebaikan kepada masyarakat pun, mereka hanya orang tak sekolah, orang yang tidak ada pekerjaan yang hebat-hebat, mereka tak ada rumah besar, mereka tak ada bini cantik atau kawan-kawan yang yang tahu apa masalah mereka.

Saya nampak 'ahli syurga' pada mereka! Mereka memotong kayu untuk api yang memasak. Mereka memikul jenazah ke liang lahad, mereka basuh pinggan mangkuk di majlis perkahwinan, mereka mungkin mencuri untuk makan, mereka mengambil buah dari kebun orang untuk mengalas perut. Mereka tak pernah sekolah, mereka tidak pernah belajar agama. Mereka tak dapat bantuan. Mereka tak masuk mana-mana parti politik.

Jujurnya, saya pula ingin bertanya, salah siapa mereka jadi begitu? Jika mereka tak sekolah, jika mereka tidak belajar agama, jika mereka di katakan bodoh atau gila? 

Kerana itu ada Agama! 

Jazakallah Khair!