Sunday, June 16, 2013

Cinta Jangan Pergi!

Tajuk drama di tv. Bukan kisah saya pun. Kebetulan malam minggu dan malam cuti, saya agak keberatan untuk keluar atau makan di luar. Faktor orang lain lebih suka keluar makan bersama keluarga atau berkelah dan bersantai bersama kawan-kawan lain.

Kerana drama tersebut, saya ambil keputusan untuk 'melekat depan tv' dan lihat cara orang terkini bercinta. RupanĊ·a sama seperti dahulu. Hampir semua cerita melayu atau inggeris atau cina atau india mengambarkan cabaran dalam memiliki cinta dan cabaran untuk memiliki orang tersayang. 

Tak mengapalah jika orang lain sangat sukar memiliki 'cinta' tersebut. Tapi antara 'cabaran' yang saya tak faham, mengapa harus rebut dari tangan orang lain? Mengapa perlu berebut? Jika dah ada pilihan hati, dan kebetulan orang yang kita pilih itu sudah ada pilihan hatinya, lupakan sahaja. Cari lain! 

Tak perlu berdendam juga jika dia tak mahu. Begitu juga kita, mengapa harus di ulang dan di ingatkan semula. Mengapa membazirkan masa pada orang yang tak sudi? 

Pelik juga mereka ni! Emm..