Tuesday, March 19, 2013

Hormat!

"Bila kamu sampai? Lama ke kamu balik kali ni?, nak ajak menebas kebun Haji Teridi tu.. " Slang Perak sebelah Kuala..

Terjemahan "ate, bile kamu sampei? Lame ke kamu cuti? Nak mengajok kamu menebeh kebun haji teridi nu aa.. "

Tapi ayat yang paling saya ingat, "eei.. Lawonye kamu pasang lampu kejap ade, kejap tak ade nih! Bukan main lagi ye.. Macam2 ade ler nih!".. Lampu kejap ada kejap tak ada tu merujuk kepada lampu kelip-kelip yang kita biasa pasang bila nak raya..

Suatu ketika dulu, walau bekerja di lembah kelang, saya kerap balik berada di kampung, walaupun pada hujung minggu atau cuti di pertengahan minggu. Macam-macam aktiviti berlaku di kampung. Terutama bila musim pokok berbuah. Tak kiralah buah apa sekali pun.

Walaupun ketika itu dah memiliki gaji yang lebih dari cukup atau duit dah tak tahu nak buat apa. Ha3!!. Semuanya kerana ketika masih ada ibu di kampung bersama 5 orang anak buah.
Kini dah tinggal 3 orang. 2 orang mati di usia muda akibat kemalangan.

Seorang demi seorang tuhan panggil mengadap. Makin kurang orang yang pernah mengenali saya sebagai budak nakal dalam kampung. Tiada lagi orang lama-lama yang pernah di ajak berbual, balut rokok daun, masak daging rebus cicah air asam di madrasah. Mungkin salah saya kerana dah kurang balik ke kampung, mungkin saya dah pentingkan diri saya sendiri sejak duduk di bandar Kuala Lumpur ini.

Usia saya juga menginjak sedikit demi sedikit. Mungkin saya pun tak lama juga lagi.

No comments: