Tuesday, March 19, 2013

Dosa dan Pahala

Sekejap bersajak, sekejap berpantun, sekejap rasa mahu berpolitik, sekejap rasa mahu bercakap mengenai agama. Sebenarnya itu biasa berlaku dan normal bagi saya. Pada orang lain mungkin saya agak keterlaluan dan mempunyai fikiran yang celaru.

Mungkin banyak sangat dalam fikiran dan terlalu banyak istilah 'mungkin' dalam setiap persoalan atau tajuk yang pernah saya lontarkan untuk bacaan bersama. Lebih tepat, saya mungkin tidak memiliki bakat yang hebat dalam penulisan. Sering terhenti dalam mengemuka kan pandangan yang tak seberapa untuk di jadikan contoh dan teladan.

Semua orang tahu setiap perbuatan itu ada ganjarannya, terutama kepada mereka yang paling hampir dengan kita, mungkin kekasih, isteri, anak, ibu bapa, saudara mara. Melalui percakapan lisan, perbuatan, gerak badan atau apa-apa bentuk yang mungkin menyebabkan orang tersinggung, kecewa atau terasa hati.

Sebagaimana seorang lelaki yang inginkan seorang wanita sebagai teman hidupnya, sebagai kekasih yang akan menjaganya sepanjang hayat, yang turut serta mendidiknya dan bergelak ketawa dalam menyusuri hati dan perasaan yang berbelah bahagi. Menyakini bahawa inilah antara dosa dan pahala yang akan di pertanggungjawabkan.

No comments: