Wednesday, March 20, 2013

Undang-undang Persahabatan Saidina Umar Ibnu Alkhattab

1. Kalau dia berbuat kepada mu suatu kesalahan dengan jalan mendurhakai Allah, balas lah dengan jalan taat kepada Allah.

2. Letakkanlah pekerjaan kawan itu pada niat yang baik, sampai datang bukti yang cukup atas apa sebenarnya.

3. Jangan lekas menyangka suatu perkataan yang keluar dari mulut seseorang, padahal masih ada jalan lain untuk membawanya kepada maksud yang baik.

4. Siapa tegak di tempat tuduhan, jangan marah kepada orang jika orang bersangka jahat kepadanya.

5. Selama masih teguh memegang rahsia, selama itu pula masih terpegang kebaikan di tangan nya.

6. Carilah sahabat yang jujur. Dengan jalan demikian engkau hidup terpelihara dari bahaya, dan dia lah tempat kembali ketika datang bencana.

7. Jujurlah, walaupun kejujuran itu akan membunuh mu.

8. Jangan suka korek-korek perkara yang bukan perkara mu.

9. Jangan di tanya barang yang tidak ada. Kerana kadang-kadang sebab di tanya-tanyakan, barang yang tidak ada akan jadi ada.

10. Jangan meminta tolong menyampaikan hajatmu kepada orang yang tidak suka supaya maksudmu itu hasil.

11. Jangan berkawan dengan orang durjana, sebab berkawan dengan mereka mengajar engkau kenal pula akan kedurjanaan itu.

12. Jauhi musuh mu.

13. Hendaklah awas dengan teman sendiri, sebelum di percayai benar.

14. Dan tidak ada kawan yang boleh di percayai itu, kalau dia tidak takut kepada Allah.

15. Hati-hati berkata-kata.

16. Rendahkan diri ketika taat.

17. Teguh kan hati menjauhi maksiat.

18. Suatu pekerjaan dirimu sendiri, kalau sulit, bermesyuaratlah dengan teman yang takut kepada Allah. Kerana tuhan bersabda: '.. hanya yang takut kepada Allah itu daripada hambaNya, ialah orang-orang yang alim juga..'

Tuesday, March 19, 2013

Hormat!

"Bila kamu sampai? Lama ke kamu balik kali ni?, nak ajak menebas kebun Haji Teridi tu.. " Slang Perak sebelah Kuala..

Terjemahan "ate, bile kamu sampei? Lame ke kamu cuti? Nak mengajok kamu menebeh kebun haji teridi nu aa.. "

Tapi ayat yang paling saya ingat, "eei.. Lawonye kamu pasang lampu kejap ade, kejap tak ade nih! Bukan main lagi ye.. Macam2 ade ler nih!".. Lampu kejap ada kejap tak ada tu merujuk kepada lampu kelip-kelip yang kita biasa pasang bila nak raya..

Suatu ketika dulu, walau bekerja di lembah kelang, saya kerap balik berada di kampung, walaupun pada hujung minggu atau cuti di pertengahan minggu. Macam-macam aktiviti berlaku di kampung. Terutama bila musim pokok berbuah. Tak kiralah buah apa sekali pun.

Walaupun ketika itu dah memiliki gaji yang lebih dari cukup atau duit dah tak tahu nak buat apa. Ha3!!. Semuanya kerana ketika masih ada ibu di kampung bersama 5 orang anak buah.
Kini dah tinggal 3 orang. 2 orang mati di usia muda akibat kemalangan.

Seorang demi seorang tuhan panggil mengadap. Makin kurang orang yang pernah mengenali saya sebagai budak nakal dalam kampung. Tiada lagi orang lama-lama yang pernah di ajak berbual, balut rokok daun, masak daging rebus cicah air asam di madrasah. Mungkin salah saya kerana dah kurang balik ke kampung, mungkin saya dah pentingkan diri saya sendiri sejak duduk di bandar Kuala Lumpur ini.

Usia saya juga menginjak sedikit demi sedikit. Mungkin saya pun tak lama juga lagi.

Nescafe , Nasi Lemak Udang

“Selamat pagi awak! Dah sarapan? ”

Itu mungkin sapaan atau sms di awal pagi, tak kisah lah sama ada masih dalam perjalanan atau pun masih di rumah.

Nak pergi minum sendiri atau ajak sesiapa temankan? Jika sendiri nampak sangat seolah pentingkan diri sendiri. Nak bawa teman entah siapa pula nak ajak. Sebagai lelaki, memang inginkan yang temankan itu seorang perempuan.

Teman setia bagi seorang lelaki itu adalah wanita. Sebaiknya itulah yang saya mahu. Teman untuk makan.

Tapi batasan itu wujud, bukan setiap hubungan seorang lelaki dan perempuan itu akan berakhir dengan baik. Jika bukan kerana tak sefahaman pun, mungkin jadi hasutan orang, fitnah orang, atau ada rumahtangga orang lain pula berantakkan.

Secawan nescafe atau sebungkus nasi lemak itu bukan agen yang merosakkan sesiapa, tapi boleh menjadi tajuk yang sesuai untuk jadi cerita pada orang lain.

Hanya nak ada sesiapa yang sudi temankan. Tapi tak nak la yang kategori ‘makcik-makcik’.. ;-)

Dosa dan Pahala

Sekejap bersajak, sekejap berpantun, sekejap rasa mahu berpolitik, sekejap rasa mahu bercakap mengenai agama. Sebenarnya itu biasa berlaku dan normal bagi saya. Pada orang lain mungkin saya agak keterlaluan dan mempunyai fikiran yang celaru.

Mungkin banyak sangat dalam fikiran dan terlalu banyak istilah 'mungkin' dalam setiap persoalan atau tajuk yang pernah saya lontarkan untuk bacaan bersama. Lebih tepat, saya mungkin tidak memiliki bakat yang hebat dalam penulisan. Sering terhenti dalam mengemuka kan pandangan yang tak seberapa untuk di jadikan contoh dan teladan.

Semua orang tahu setiap perbuatan itu ada ganjarannya, terutama kepada mereka yang paling hampir dengan kita, mungkin kekasih, isteri, anak, ibu bapa, saudara mara. Melalui percakapan lisan, perbuatan, gerak badan atau apa-apa bentuk yang mungkin menyebabkan orang tersinggung, kecewa atau terasa hati.

Sebagaimana seorang lelaki yang inginkan seorang wanita sebagai teman hidupnya, sebagai kekasih yang akan menjaganya sepanjang hayat, yang turut serta mendidiknya dan bergelak ketawa dalam menyusuri hati dan perasaan yang berbelah bahagi. Menyakini bahawa inilah antara dosa dan pahala yang akan di pertanggungjawabkan.