Wednesday, November 21, 2012

Selamat pagi Cinta..

Masih ingat kamu! Masih cinta kamu! Syukur alhamdulillah! Kamu masih di hati ku..

Friday, October 12, 2012

DIAM ITU KATA!

Abjad bukan huruf atau angka, bukan bunyi atau bisik.
Ingat pada malam sebelum terlena, terjaga berbilang masa bila termimpi.
Membilang hari yang telah pergi, yang juga menjadi silam.
Mungkin sekali, mungkin dah berkali-kali.

Kini ada pesanan kembali. Ada ingatan yang mewarnakan memori.
Dulu sayang kini hilang, dulu kasih kini sedih.
Kamu masih seperti itu.
Kerana kamu masih kekasih hati ku.. Ya! Kamu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi

Ramadhan datang, ramadhan pergi.
Resah
Gelisah
Kerana ingatan sentiasa kepadanya
Bimbang jika ramadhan ini adalah yang terakhir
Sama juga ingatan kepada nya
Harap kamu mengerti..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, May 4, 2012

Dia, Kamu!

Dia suka kamu..

Kamu pun suka dia..


Sejak dulu tahu kamu dan dia adalah pasangan

Juga mahu kamu dan dia jadi pasangan yang gembira

Suka tengok dia melihat kamu, wajahnya sentiasa berseri bila nampak kamu..


Dia sayang Kamu..




Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

ulang tahun kelahiran nya..

Sejak kenal, tidak pernah pula berjanji atau berpakat untuk 'jatuh cinta'..


Tak pernah guna ungkapan manja atau sayang.. biasa berbicara tak sebut nama.. akan pergi ke hadapan dirinya dan berbicara..


'Awak, tengahari nanti teman kan kita makan ye.. '


'Balik nanti kita minum sama ye.. '


'Awak, esok awak kerja kan.. dah sampai pejabat bagi tau ye.. '


Itu pun dah cukup untuk 'menyatakan' nya..


Hepi besday Awak!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 31, 2012

Kalau cinta..

ada kata buat kita terasa,
ada perbuatan buat kita resah gelisah..

kenapa hanya kita,
yang punya rasa..

Monday, February 27, 2012

Cinta Kamu

bila resah aku hanya perlu ingat kamu..
rindu pada kamu.. hanya tuhan yang tahu..

Ada di mana?

Seluas laut atau langit

Jarak yang jauh entah dimana


Rasa itu ada

Rasa itu ingin

Rasa itu wujud


Dah ku sampaikan pesan

Dah ku seru nama mu


Agar menjelma depan mata


Mahu dakap kamu

Mahu cium kamu

Mahu selimuti kamu


Mahu berdosa dengan kamu


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, January 29, 2012

itu rasa ku

Cantik...

Itu rupa bukan rasa

Indah...selesa...

Itu barulah rasa



Tiap bahasa kan ada maknanya



Tapi...

Bahasa hati tiada kata

Bila jiwa ada rasa

Suluh cahaya kat mata

Bohong kalau tak percaya



Cuba..

Terbang dekat matahari

Biar nampak apa dicari

Biar jumpa apa dinanti

Cepat, nanti hati mati.



Malu dengan kasih?

Setialah dengan tasbih

Bila dada ada tasik

Tenang cinta berbisik



.rocher.
January 5, 2012 9:42 PM

kalau cinta

bukan cinta namanya jika hanya diam.. cinta mungkin hanya satu.. tapi tak mustahil untuk ada cinta lain.. bukan sekadar tidak mahu atau melupakan.. tapi cinta itu hadir juga.. kerana kamu memang di hatiku..

Thursday, January 5, 2012

dia

.. tidak aku menghambakan diri.. pada kasih yang tak sudi..