Saturday, December 3, 2011

kamu

yup.. kamu
aku bicara tentang kamu
kamu yang aku cinta
tapi kamu tak tahu

kamu
mengapa tak percaya?
benar..
aku cinta sama kamu..

kamu
kamu dah jauh
pagi ku tak seperti dulu
aku biasa lihat kamu
senyuman kamu
walaupun senyuman kamu bukan untuk aku..

kamu
jangan lupa aku
aku amat cinta sama kamu...

Monday, November 14, 2011

umurnya

memang lama.. usianya kian meningkat.. tempohnya akan tamat.. tapi bukan kasih kita.. bukan cinta kita..

Wednesday, September 21, 2011

diri

perhiasi diri mu dengan amalan agama
tetapkan pendirian mu dengan adap bangsamu
tunjukkan kesetiaan mu pada negara
dan suluhlah perjalanan hidup mu dengan
ilmu pengetahuan yang manafaat..


Friday, June 3, 2011

rasa kan

saya tak pernah rasa
jika mahu di sayangi atau di cinta
bukan niat juga untuk menolak cinta
menidak rasa kasih atau sayang kepada seseorang..
mengapa memaksa?

tidaklah mampu melawan rasa suka atau benci
jika sudah tiada perasaan di hati
terima kasih jika sudi memahami..

Wednesday, May 11, 2011

bukan janji

bukan niat pun di hati untuk berasa sedih
tapi bila mengenangkan seseorang yang kita sayang
mengalir juga air mata..

kadang-kadang nakal juga perbuatan
ingin merasa di sayangi juga
bukan berpura untuk perhatian
kerana memang ada rasa rindu..

jika di hati mula menyimpan rasa
bukan mainan ingatan atau berpura
sedih bila ada
sedangkan rasa itu anugerah cinta
pada mereka yang berhak merasa..

fahamilah, berkorbanlah, nikmatilah..
kerana perasaan itu mungkin sudah tiada esok..

Sunday, April 24, 2011

itu kamu

jika cinta itu datang dalam diri kamu
harus kamu buangkan perasaan itu jauh-jauh

jika ada yang tahu kamu jatuh cinta
harus kamu jauhi juga mereka itu

kerana cinta itu bisa merobek hati
bisa membuat kamu menderita

hanya kerana kamu sayang kan dia...

Thursday, April 7, 2011

persoalan

ku cari wajah bulan
yang retak di sudut gelap
tajamnya tetap membelah luka
yang terbit bukan darah
daripada kepedihan tikaman
namun tetap menghiris rasa..

kerana sesekali dalam hidup ini
ada kesakitan yang tidak kelihatan...

Tuesday, April 5, 2011

seorang tua ( bonda ku )

seorang tua..
terlantar kesakitan
keseorangan..
menunggu masa dan ketika
yang akan menjemputnya
kedunia kekal selamanya

seorang tua..
mengaduh merintih
kesedihan..
mengharap insan yang di sayangi
mengunjungi..
menemani pemergian menemui ilahi

seorang tua..
akhirnya pergi
mengadap ilahi bersendiri
dengan hati sedih pilu mengiringi
segala dihati
dibawa bersemadi..

Tuesday, March 8, 2011

mencintai kamu

amat cinta..
amat sayang..

sentiasalah bersama ku..
kamu wanita..

aku mencintai kamu sepenuh hati ku..

Saturday, February 12, 2011

kasih

‎"Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat,"

Tuesday, January 25, 2011

gurisan

Yang tercalar, retak, serpih itu begitu halus.. Ada yang nampak dengan mata kasar.. Atau yang hilang dari pandangan.. Pastinya kesan tetap ada.. Itulah kita.. Bila merasa terluka..

Saturday, January 8, 2011