Thursday, July 22, 2010

Perangai Utama

Sesungguhnya setengah daripada akhlak orang yang mukmin, ialah kuat kepada menjalankan agama, teguh di dalam lemah lembutnya, beriman di dalam keyakinannya, loba akan ilmu pengetahuan, belas kasihan di dalam satu ketelanjuran, pemaaf di dalam ilmu, berhemat di dalam kaya, berhias di dalam kesempitan, berpantang loba tamak, berusaha pada yang halal, berbuat kebajikan pada ketetapan, tangkas di dalam petunjuk, mengendalikan diri di dalam syahwat, belas kasihan kepada yang payah.
Sesungguhnya orang yang mukmin daripada hamba allah itu, tidak berdendam kepada yang benci, tidak berdosa kerana cinta, tidak pernah mencela, tidak pernah memaki, mengakui akan yang benar meskipun tidak di minta, tidak suka mempersenda-sendakan gelaran, di dalam sembahyang dia khusyuk, segera mengeluarkan zakat, tenang di dalam rebut, tunduk di dalam kemegahan, syukur dan mencukupkan apa yang ada, tidak mendakwakan yang bukan kepunyaannya, tidak terlanjur lantaran marah, tidak dipengaruhi oleh kebakhilan mengerjakan yang makruf, bergaul dia dengan manusia supaya beroleh ilmu, lemah lembut supaya dia faham dan meskipun dia teraniaya dan dimungkiri orang, tetap dan teguh, sehingga Tuhan Yang Rahman sendiri yang membelanya.
Muhammad saw

Friday, July 2, 2010

hati ini juga terusik

teringatkan tajuk novel 'hati yang terusik' karangan saudari nia azalea.. bagaimana susunan kata dan ayat yang terkandung dalam novel tersebut, saya melihat tajuk tersebut sebagaimana 'hati dan perasaan' manusia kepada manusia lain dengan pelbagai perasaan dan suka duka..

bagai melihat seorang bayi yang membesar menjadi kanak-kanak yang kemudiannya remaja dan menjadi dewasa dan meninggalkan alam dunia kepada alam kubur.. tetapi yang tidak berubah adalah 'penyakit' manusia yang sentiasa tak pernah puas dengan segala bentuk niat dan tujuan..

manusia yang 'sama' akan muncul dalam rupa yang berbeza.. mengaku hebat dan ingin mengajak manusia untuk berjuang menentang kejahatan dan keburukan di dunia..

manusia ini mendapat perhatian dengan menjadi pemimpin dan mula 'memesongkan'akidah, 'menongkat' dunia dengan ideologi agama dan politik dalam memenuhi keperluan diri atau sosialnya..

mereke ini lah yang di gelar ahli politik dan ahli agama yang lupa mereka juga manusia yang 'mampu' berbuat dosa dengan kepentingan manusia lain...