Sunday, May 16, 2010

Bijaksana

Hikmat kebijaksanaan adalah tiang yang kukuh bagi pertumbuhan peribadi. Timbulnya kebijaksanaan adalah kerana ilmu, ketetapan hati dan kerana meletakkan sesuatu pada tempatnya, serta menilik sesuatu menurut harganya. Orang yang bijaksana tepat pendapatnya, jauh pandangannya dan baik tafsirnya. Dia dapat menyisih mana yang benar dan mana yang patut ditinggalkan. Ia pun kenal akan tempat dan tahu akan waktu. Nampak kepadanya lubang yang akan dimasukinya dan jalan yang dilaluinya. Kalau dia menegakkan sesuatu hukum, maka tidaklah masuk kedalamnya pengaruh hawa-nafsu. Tidak ber udang di balik batu. Dia adil.

No comments: