Sunday, May 30, 2010

Margaret Fuller

"If you have knowledge, let others light their candles in it.".. - Margaret Fuller

Mengapa Dirindu


Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

Uji Rashid (Ahmad Wan Yet / Zain Mahmood)

Gandhi

“First they ignore you. Then they laugh at you. Then they fight you. Then you win.”- Gandhi

Sunday, May 16, 2010

Apabila Engkau Sanggup - Rudyard Kipling ( Penyair )

“ Apabila engkau sanggup mengekang nafsumu, tahan pada masa semua orang telah ditarik oleh syahwatnya, apabila engkau sendiri masih percaya kepada dirimu, pada masa orang lain telah ragu, apabila engkau telah sanggup menghiasi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang,
Padahal berbagai tuduhan telah ditimpakan kepada dirimu, apabila engkau telah sanggup mengambil kepastian dengan tidak dipengaruhi oleh angan-angan dan dapat mengendalikan fikiran,
Apabila engkau telah sanggup mengatasi hidup, tiada terlonjak gembira bila dia datang, dan tiada terlalu sedih bila ia pergi. Tidak sukacita tatkala tertawa dan tidak berduka ketika menangis,
Apabila engkau telah sanggup menahan pukulan, melihat nasihatmu yang berharga dan keikhlasan hatimu telah diambil jati senjata oleh orang-orang yang lemah,
Apabila engkau telah sanggup menahan hatimu, melihat pendirian yang engkau perjuangankan dan perubahan yang kau kehendaki tidak diperhatikan orang,
Apabila engkau telah sanggup menentukan tujuan dan batasnya tetapi tidak berhasil menunjukkan yang pertama, lalu tegak lagi dan engkau mulai pula dengan tidak mengeluh,
Apabila engkau telah sanggup mendorongkan hatimu ke muka dalam perjuangan hidupmu, dan menghadapi dunia, baik pada waktu manis atau pahit dengan tetap memelihara keutamaan dirimu pada waktu mana jua pun dan engkau sanggup masuk kedalam majlis raja-raja dengan pakaian orang biasa,
Apabila benci musuhmu dan saying teman mu tidak lagi mempengaruhi tegakmu yang adil,
Apabila engkau telah sanggup mengambil hikmat daripada pergiliran zaman, dan mengambil menafaat daripadaa pergantian hidup dan semuanya dapat kau kuasai, dan bukannya engkau yang dikuasainya,
Apabila engkau telah sanggup menghadapi semuanya itu,
Maka engkaulah seorang pahlawan dan
Engkaulah yang berhak mempusakai dunia seisinya serta
Engkaulah sebenar-benar lelaki, hai anakku…”.

Lord Efebry

“ Sesiapa yang ingin menang di dalam hidupnya, asal hati tabah, pastilah sampai maksudnya. Tetapi sesuatu cita-cita yang timbul hanya kerana keinginan hawa nafsu, tidaklah akan memuaskan hati, dan tidak semuanya akan sampai.
Gagal dalam kemuliaan lebih baik daripada menang dalam kehinaan. Orang yang gagal sekali-kali tidaklah rugi, selama dia belum putus asa. Kalau sekali maksud belum sampai, janganlah patah pengharapan..”.

Marx Twain

“Peliharalah cita-citamu baik-baik. Kerana cita-cita kalau telah padam, samalah ertinya dengan mati..”

Khalid bin Walid

“Hai keluarga Islam, Sabar itu kemuliaan, kalah itu kehinaan. Kemenangan adalah pada kesabaran..”

Syair Arab

“Menurut ukuran orang yang mempunyai azam
Akan tercipta pekerjaan dan perkara yang penting
Dan akan tercipta sesuatu perkara mulia
Menurut kemuliaan orang yang menciptakannya
Besar segala perkara kecil-kecil di mata orang kecil
Dan kecil perkara yang besar-besar dalam mata orang yang besar..”

Bijaksana

Hikmat kebijaksanaan adalah tiang yang kukuh bagi pertumbuhan peribadi. Timbulnya kebijaksanaan adalah kerana ilmu, ketetapan hati dan kerana meletakkan sesuatu pada tempatnya, serta menilik sesuatu menurut harganya. Orang yang bijaksana tepat pendapatnya, jauh pandangannya dan baik tafsirnya. Dia dapat menyisih mana yang benar dan mana yang patut ditinggalkan. Ia pun kenal akan tempat dan tahu akan waktu. Nampak kepadanya lubang yang akan dimasukinya dan jalan yang dilaluinya. Kalau dia menegakkan sesuatu hukum, maka tidaklah masuk kedalamnya pengaruh hawa-nafsu. Tidak ber udang di balik batu. Dia adil.

Penyair Arab

Hadapkan perhatian kepada jiwa
Tegakkan sempurna budi utama
Dengan jiwamu, bukan badan
Engkau sempurna menjadi insan..

Iqbal

“ Umur bukan ukuran tahun
Akal bukan ukuran tubuh
Sehari hidup singa di rimba
Seratus tahun bagi si domba..”

Hu Hsih

“Tidak dapat tidak, seseorang mesti gagal agak sekali dalam hidupnya. Dengan kegagalan itu dia dapat mengetahui di mana segi kelemahan dirinya. Gagal sekali tidaklah mengapa. Yang rumit ialah jika gagal dua kali di tempat yang serupa itu juga..”

Kais bin ‘Ashim

“ Cubalah sambungkan kembali tali yang telah putus. Cubalah beri orang yang tidak sudi memberimu. Cubalah memberi maaf orang yang menganiaya kamu”. Disana baru engkau rasai apa erti kemanusiaan!”..

Peribadi II

Mengakui kekurangan diri adalah tangga buat kesempurnaan diri. Berusaha terus mengisi kekurangan itu adalah keberanian luar biasa. Merasa cukup adalah alamat tidak cukup.
Barang siapa tidak sanggup atau tidak berani menguasai dirinya, jangan harap dia akan sanggup menguasai orang lain. Bukan keberanian kalau hanya sanggup berkelahi dengan macan. Tetapi keberanian ialah kesanggupan berkelahi dengan kehendak nafsu.

Ali bin Abi Talib ( Syair )

“ Manusia dipandang dari segi tubuh hanya sama
Ayahnya Adam dan ibunya Hawa
Kalau mereka itu membangga-banggakan keturunan
Keturunannya pun sama, tanah dan air..”

Pemuda

Kepada Pemuda! Bebanmu akan berat
Jiwamu harus kuat
Tapi aku percaya
Langkah mu akan jaya
Tegak budimu
Kuatkan peribadimu..

Halus Perasaan

Apabila dapat menghargai orang lain dalam pendiriannya, kerana diketahuinya pokok pangkal yang menjadi sebab pendirian itu, meskipun pada dasarnya dia tidak menyetujuinya.
Orang yang kasar perasaan, atau tebal muka dan orang hanya menghargai dirinya saja, yang sempit daerahnya dan picik fahamnya, adalah memberati (membebankan) orang lain. Kasar perasaan, matanya mata betung, telinganya telinga kuali, berat darah; padahal binatang yang diikat dengan tali, namun manusia tahu akan sindir.
Bila kita renungkan kata-kata pusaka yang ditinggalkan nenek moyang, mengakulah kita bahawa mereka pernah meningkat ketinggian budi pekerti, sehingga berbekas dalam pepatahnya. Orang yang halus perasaan disebut mereka itu. “Tahu akan ribut yang mendingin, tahu akan unggas yang meleting, tahu akan sindir bayangan kata-kata”. Mereka pun berkata: “Jika kakimu terantuk pada batu, inai (pacar)-lah jadi ubatnya. Tetapi jika lidahmu yang terlanjur, emaslah pembayarnya”…

Thursday, May 13, 2010

Klasik ( Gurindam Jiwa )

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga


Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Mengelintar..

Peribadi

Kemajuan peribadi sesuatu kumpulan bangsa atau kemerdekaannya, sesekali tiada akan tercapai, lebih dahulu belum ada kemajuan dan kemerdekaan peribadi seseorang. Tanda-tanda menunjukkan bahawa darjat kemajuan dan kejadian yang didapat oleh beberapa manusia dalam lapangan yang dimasukinya, dapat pula dicapai oleh orang yang lain. Asal saja orang itu mempunyai peribadi yang kuat. Kemajuan peribadi sendiri, akan menentukan tempat kita yang pantas, dalam pergaulan hidup, dalam lapangan apa jua pun.

Khalifah Al-Ma’mum

Khalifah Al-Ma’mum berkata: “Kalau tidak ada tiga perkara, rosak binasalah dunia ini..

Kalau tidak ada syahwat, putus keturunan.

Kalau tidak ada keinginan mengumpul, rosak binasalah penghidupan.

Kalau tidak ada keinginan terkemuka, habislah ilmu pengetahuan..”

Hidup

Hidup adalah dua kali. Yang pertama ialah selama badan masih mengandung nyawa. Hidup yang kedua adalah kali adalah setelah nyawa bercerai dari badan. Setelah mati dikuburkan, keluarlah dari dalam kubur itu suatu barang yang ghaib yang nyata, yang hadir pada tiap-tiap majlis, pada tiap-tiap pergaulan. Namanya adalah “sebutan”. Kadang-kadang usianya lebih panjang daripada kehidupan yang pertama itu. Kadang-kadang dengan perbuatan setengah minit saja ditentukan kehidupan sebutan itu buat beratus, bahkan beribu tahun.

Wednesday, May 12, 2010

Klasik

Anak punai anak merbah
Hinggap didahan membuat sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula kasihnya orang



Apa diharap padi diseberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan sudi entahkan tidak



Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Monday, May 10, 2010

Orang Bahagia II

Orang berbahagia itu ialah selalu menyedari bahawa tidak ada faedahnya:

Perkataan kalau tidak disertai dengan perbuatan
Tidak ada gunanya kepintaran kalau tidak disertai dengan budi
Tidak ada gunanya derma jika tidak sertai dengan niat suci
Tidak ada kejujuran kalau tidak sanggup memegang janji
Tidak ada gunanya hidup kalau tidak disertai kesihatan dan tidak ada gunanya negeri yang makmur jika penduduknya penuh dengan kekecewaan.

Orang Bahagia

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk:

i) membaca, kerana membaca itu sumber hikmah.

ii) menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa.

iii) menyediakan waktu berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan.

iv) menyediakan waktu untuk beramal, kerana beramal itu pangkal kejayaan.

v) menyediakan waktu untuk bermain (bersenda), kerana bermain itu akan membuat anda muda selalu dan

vi) menyediakan waktu beribadat, kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa…

Al’urwatul wutsqa

“Kemuliaan ialah kebanggaan jiwa, tujuan perasaan dan pemandangan. Sinar kebanggaan diri itu menimbulkan amalan yang meninggalkan bekas yang baik kepada bangsanya dan kaum seagamanya atau kepada perikemanusian seluruhnya. Sebagai membangunkan umat yang binasa, membukakan selubung kebodohan, memberi peringatan, menuntut hak yang terampas, memberi ingat kemuliaan yang hilang, membangun dari lalai, menyedarkan dari lengah, mempersatukan suara, membarukan gerak.”
“Barangsiapa yang sanggup bekerja demikian, itulah orang yang mulia, meskipun tempat tinggalnya hanya satu pondok yang buruk, berbaju tambal-tumambal! Walaupun dia hanya makan rumput, tidur di atas tanah di pasir kerana miskinnya, mengembara ke hilir ke mudik, kelurah ke bukit.”
“Jikapun dia demikian, itu sudah cukup untuk menjadi perhiasannya, sudah cukup untuk menjadi tanda kesempurnaannya, yakni cahaya yang di dapatnya cahaya yang selamanya tiadakan suram, kerana usaha dan kesunguhannya. Hati yang telah tersasar, kalbu yang telah terperosok akan datang kembali, berkumpul lantaran ajakannya.”
“Darjat orang begini lebih tinggi tempatnya daripada mahligai raja-raja. Baginya telah disediakan tempat yang mulia raya, mempunyai permandangan yang indah berseri-seri, cantik molek gilang gemilang. Ke sanalahkan akan terkumpul segala minat yang suci, amalnya yang soleh akan terangkat bersama-sama. Disana telah menunggu taulan yang mulia-mulia. Itulah hidup yang tenteram rasanya dihati. Itulah jasa yang tertulis di kening zaman, yang selamanya tiadakan pupus lagi.”
“Kesana lah kita sekelian harus berlumba.”

Sheikh Muhammad Abduh

Dialog ( Kepada Ibu)

I
Tenteramlah anak
Walaupun kebanjiran sawah kita
Hujan ini dari tuhan
Yang mencurah-curah rahmatnya
Ada siang masakan tiada terang
Dengarlah
Sikatak sudah tiada memangil lagi
Besok hari panas
Padi kita akan lepas!
II
Tidurlah ibu
Kita manusia kerdil
Siang membanting tulang
Malam menanggung bimbang
Ada esok maka pasti ada suria
Aku akan pergi
Dengan seribu Jebat si anak tani
Kian lama kita mati dalam setia
Kali ini kita hidup dalam durhaka!

Kassim Amad
Mencari jalan pulang
Daripada sosialisme kepada Islam

Ranting Cinta Si Plato

Plato bertanyakan makna cinta dan Socrates pun menjawab:

“Masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik. Tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada satu saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.”

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebarang ranting pun. Guru itu pun bertanya, maka jawab Plato:

“Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan kedepan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”

Guru itupun berkata:

“Itulah cinta…”

Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan.
Guru itu pun menjawab:

“Sama seperti ranting tadi. Namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang engkau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato :

“Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya, tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan. Akhirnya saya tinggalkannya. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya keluar kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya memilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”

Lalu sang Guru berkata:

“Itulah makna perkahwinan”

Wednesday, May 5, 2010

" Kelip-kelip disangka api
Kalau api mana puntungnya
Hilang ghaib disangka mati
kalau mati mana kuburnya.."
Imran Ajmain
" Benarlah kata orang, Cinta bukan sahaja membuat orang gembira, tetapi boleh mati kerananya.."


"Sukarnya menjadi seorang anak,
Membantah dikatakan tidak mendengar,
Menyiyakan sahaja hati juga yang parah,
Dimana mahu diluahkan resah yang terkumpul,
Kemana mahu dialihkan jiwa yang sedang luka,
Kini baru sedar betapa payahnya untuk menjaga perasaan....."
Norhayati Ibrahim
" Tak usah kami diberi kain
dipakaikan kain dia akan luntur
tak usah kami diberi nasi
Dimakan nasi dia kan habis
Berilah kami hati yang suci, muka jernih
budi baik dibawa mati. "
HAMKA

Falsafah Bestari

Ilmu adalah Hartaku
Hujjah adalah Asas Agamaku
Kasih Sayang adalah Teras Sikapku
Keinginan yang baik adalah Pemanduku
Ingatan kepada Allah adalah Senjataku
Sabar adalah Pakaianku
Tenang adalah Karektorku
Kemiskinan selepas memberi adalah Kejayaanku
Rela Berkhidmat adalah Seruanku
Kepatuhan adalah penilaian Diriku
Tekun adalah Peribadiku
dan Solat adalah Keseronokanku..
( Muhammad SAW )