Friday, November 12, 2010

cermin

lihatlah..
pandanglah..
rupa yang kita ada adalah sama dengan apa yang kita lihat di hadapan kita..
mengapa rasa kekurangan pada diri sendiri, sedangkan yang di depan kita juga adalah sama..

itulah resmi manusia.. lihat pada yang cantik, yang suka, yang berwarna.. sedangkan warna diri juga adalah sama seperti orang lain..

janganlah jadi roda yang kita hanya ingat diatas adalah lebih baik daripada di bawah, sedangkan roda yang bergolek dan berpusing dengan kekuatan yang ada pada roda itu sentiasa dan tetap sama..

jika mahu cerminan itu menarik, jika mahu roda sentiasa kuat, kita sendiri yang menentukan..

Wednesday, November 10, 2010

peribadi

syak wasangka menyempitkan lapangan tempat jiwa berbegar.. campurilah masyarakat dan tegaklah di tengahnya.. jangan menerawang langit seorang diri.. bersama adalah kekuatan, menyisih adalah kelemahan. pada kekuatan terletak kebesaran, dan pada kelemahan terletak kehinaan..

Tuesday, October 19, 2010

sabda

bahagialah atas orang yang berbimbang dengan aib celanya sendiri, dan tidak memperdulikan akan aib orang lain; dinafkahkannya kelebihan hartanya, ditahannya cakapnya, luas hatinya di dalam mengerjakan sunnah dan tidak dia membelok kepada bidaah..

ihyaanya

cinta itu terbahagi kepada lima bahagian:

1. cinta manusia kepada dirinya.
2. cinta manusia kepada orang yang berjasa kepadanya.
3. cinta kepada orang kerana cantiknya.
4. cinta kepada orang kerana kesempurnaan sifatnya.
5. cinta yang berbalas-balasan di antara yang mencintai dengan yang di cintainya.

Monday, October 18, 2010

bahagia

apabila melihat kegembiraan pada orang lain, kadang kala beranggapan seperti diri tidak lagi dihargai. bercinta juga begitu bila terasa sudah tidak disayangi.

membenarkan orang melihat kesempurnaan adalah nikmat yang di beri oleh tuhan yang maha berkuasa. begitu juga sebaliknya. tapi berapa ramai antara kita yang sedar, bahawa setiap yang berlaku itu adalah rahmatnya yang sentiasa datang dan menguji agar kita sentiasa ingat.

mudah untuk mencipta senyuman dari memberi muka masam. tapi jika kita yang menyebabkan rakan atau sahabat melihat kedukaan, sama lah seperti memberi racun untuk membunuh semangat orang lain untuk menikmati masa yang ada untuk berasa bahagia.

ciptakan bahagia dan cintai lah saudara atau sahabat demi ketenangan fikiran, serta keperluan dan menyediakan rezeki kepada yang berhak..

Friday, October 15, 2010

wanita

Sesorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya….

renungan

" jangan menulis sembarangan. maka tiap-tiap tulisan yang dusta, yang menipu, yang tidak berdasar kebenaran, walau mula-mula ditelan orang, tetapi zaman kelak akan memuntahkan 'kebenaran' celupan itu dari perut orang yang telah terlanjur menelannya..."

memang

dah berulang kali,
puas juga dah mengalami,
kasih tetap juga di hati,
usah di tegur lagi, memang hati ini dah nekad untuk terus jadi begini..

jika di undur kan waktu sekali pun, memang tak mahu semua ni..
andai sakit mengancam nyawa, masih menangung sengsara akibat..

senyum yang terukir ini,
memang hanya untuk perhiasaan, agar yang melihat merasa hebat..

Thursday, September 30, 2010

jika

.. jika salah pun, hati ini yang meronta.. jiwa ini yang menanggung.. kesal? tak mungkin ada rasa sebegitu lagi.. terlalu lama..
Published with Blogger-droid v1.6.0

Friday, August 13, 2010

sunyi

'..teman yang ketawa sudah tiada.. hati ini sepi.. biarlah begini..'
Published with Blogger-droid v1.5.1

Thursday, July 22, 2010

Perangai Utama

Sesungguhnya setengah daripada akhlak orang yang mukmin, ialah kuat kepada menjalankan agama, teguh di dalam lemah lembutnya, beriman di dalam keyakinannya, loba akan ilmu pengetahuan, belas kasihan di dalam satu ketelanjuran, pemaaf di dalam ilmu, berhemat di dalam kaya, berhias di dalam kesempitan, berpantang loba tamak, berusaha pada yang halal, berbuat kebajikan pada ketetapan, tangkas di dalam petunjuk, mengendalikan diri di dalam syahwat, belas kasihan kepada yang payah.
Sesungguhnya orang yang mukmin daripada hamba allah itu, tidak berdendam kepada yang benci, tidak berdosa kerana cinta, tidak pernah mencela, tidak pernah memaki, mengakui akan yang benar meskipun tidak di minta, tidak suka mempersenda-sendakan gelaran, di dalam sembahyang dia khusyuk, segera mengeluarkan zakat, tenang di dalam rebut, tunduk di dalam kemegahan, syukur dan mencukupkan apa yang ada, tidak mendakwakan yang bukan kepunyaannya, tidak terlanjur lantaran marah, tidak dipengaruhi oleh kebakhilan mengerjakan yang makruf, bergaul dia dengan manusia supaya beroleh ilmu, lemah lembut supaya dia faham dan meskipun dia teraniaya dan dimungkiri orang, tetap dan teguh, sehingga Tuhan Yang Rahman sendiri yang membelanya.
Muhammad saw

Friday, July 2, 2010

hati ini juga terusik

teringatkan tajuk novel 'hati yang terusik' karangan saudari nia azalea.. bagaimana susunan kata dan ayat yang terkandung dalam novel tersebut, saya melihat tajuk tersebut sebagaimana 'hati dan perasaan' manusia kepada manusia lain dengan pelbagai perasaan dan suka duka..

bagai melihat seorang bayi yang membesar menjadi kanak-kanak yang kemudiannya remaja dan menjadi dewasa dan meninggalkan alam dunia kepada alam kubur.. tetapi yang tidak berubah adalah 'penyakit' manusia yang sentiasa tak pernah puas dengan segala bentuk niat dan tujuan..

manusia yang 'sama' akan muncul dalam rupa yang berbeza.. mengaku hebat dan ingin mengajak manusia untuk berjuang menentang kejahatan dan keburukan di dunia..

manusia ini mendapat perhatian dengan menjadi pemimpin dan mula 'memesongkan'akidah, 'menongkat' dunia dengan ideologi agama dan politik dalam memenuhi keperluan diri atau sosialnya..

mereke ini lah yang di gelar ahli politik dan ahli agama yang lupa mereka juga manusia yang 'mampu' berbuat dosa dengan kepentingan manusia lain...

Tuesday, June 29, 2010

melihat saudara ku yang lain..

tidak ada ilmu atau bahasa yang dapat memuaskan hati bangsa lain.. tidak ada budaya juga yang dapat meletakkan sesuatu bangsa itu menjadi hebat.. melainkan setiap individu tersebut tahu meletakkan dirinya di mana dan melihat orang lain berada di mana..

Friday, June 4, 2010

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Sunday, May 30, 2010

Margaret Fuller

"If you have knowledge, let others light their candles in it.".. - Margaret Fuller

Mengapa Dirindu


Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

Uji Rashid (Ahmad Wan Yet / Zain Mahmood)

Gandhi

“First they ignore you. Then they laugh at you. Then they fight you. Then you win.”- Gandhi

Sunday, May 16, 2010

Apabila Engkau Sanggup - Rudyard Kipling ( Penyair )

“ Apabila engkau sanggup mengekang nafsumu, tahan pada masa semua orang telah ditarik oleh syahwatnya, apabila engkau sendiri masih percaya kepada dirimu, pada masa orang lain telah ragu, apabila engkau telah sanggup menghiasi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang,
Padahal berbagai tuduhan telah ditimpakan kepada dirimu, apabila engkau telah sanggup mengambil kepastian dengan tidak dipengaruhi oleh angan-angan dan dapat mengendalikan fikiran,
Apabila engkau telah sanggup mengatasi hidup, tiada terlonjak gembira bila dia datang, dan tiada terlalu sedih bila ia pergi. Tidak sukacita tatkala tertawa dan tidak berduka ketika menangis,
Apabila engkau telah sanggup menahan pukulan, melihat nasihatmu yang berharga dan keikhlasan hatimu telah diambil jati senjata oleh orang-orang yang lemah,
Apabila engkau telah sanggup menahan hatimu, melihat pendirian yang engkau perjuangankan dan perubahan yang kau kehendaki tidak diperhatikan orang,
Apabila engkau telah sanggup menentukan tujuan dan batasnya tetapi tidak berhasil menunjukkan yang pertama, lalu tegak lagi dan engkau mulai pula dengan tidak mengeluh,
Apabila engkau telah sanggup mendorongkan hatimu ke muka dalam perjuangan hidupmu, dan menghadapi dunia, baik pada waktu manis atau pahit dengan tetap memelihara keutamaan dirimu pada waktu mana jua pun dan engkau sanggup masuk kedalam majlis raja-raja dengan pakaian orang biasa,
Apabila benci musuhmu dan saying teman mu tidak lagi mempengaruhi tegakmu yang adil,
Apabila engkau telah sanggup mengambil hikmat daripada pergiliran zaman, dan mengambil menafaat daripadaa pergantian hidup dan semuanya dapat kau kuasai, dan bukannya engkau yang dikuasainya,
Apabila engkau telah sanggup menghadapi semuanya itu,
Maka engkaulah seorang pahlawan dan
Engkaulah yang berhak mempusakai dunia seisinya serta
Engkaulah sebenar-benar lelaki, hai anakku…”.

Lord Efebry

“ Sesiapa yang ingin menang di dalam hidupnya, asal hati tabah, pastilah sampai maksudnya. Tetapi sesuatu cita-cita yang timbul hanya kerana keinginan hawa nafsu, tidaklah akan memuaskan hati, dan tidak semuanya akan sampai.
Gagal dalam kemuliaan lebih baik daripada menang dalam kehinaan. Orang yang gagal sekali-kali tidaklah rugi, selama dia belum putus asa. Kalau sekali maksud belum sampai, janganlah patah pengharapan..”.

Marx Twain

“Peliharalah cita-citamu baik-baik. Kerana cita-cita kalau telah padam, samalah ertinya dengan mati..”

Khalid bin Walid

“Hai keluarga Islam, Sabar itu kemuliaan, kalah itu kehinaan. Kemenangan adalah pada kesabaran..”

Syair Arab

“Menurut ukuran orang yang mempunyai azam
Akan tercipta pekerjaan dan perkara yang penting
Dan akan tercipta sesuatu perkara mulia
Menurut kemuliaan orang yang menciptakannya
Besar segala perkara kecil-kecil di mata orang kecil
Dan kecil perkara yang besar-besar dalam mata orang yang besar..”

Bijaksana

Hikmat kebijaksanaan adalah tiang yang kukuh bagi pertumbuhan peribadi. Timbulnya kebijaksanaan adalah kerana ilmu, ketetapan hati dan kerana meletakkan sesuatu pada tempatnya, serta menilik sesuatu menurut harganya. Orang yang bijaksana tepat pendapatnya, jauh pandangannya dan baik tafsirnya. Dia dapat menyisih mana yang benar dan mana yang patut ditinggalkan. Ia pun kenal akan tempat dan tahu akan waktu. Nampak kepadanya lubang yang akan dimasukinya dan jalan yang dilaluinya. Kalau dia menegakkan sesuatu hukum, maka tidaklah masuk kedalamnya pengaruh hawa-nafsu. Tidak ber udang di balik batu. Dia adil.

Penyair Arab

Hadapkan perhatian kepada jiwa
Tegakkan sempurna budi utama
Dengan jiwamu, bukan badan
Engkau sempurna menjadi insan..

Iqbal

“ Umur bukan ukuran tahun
Akal bukan ukuran tubuh
Sehari hidup singa di rimba
Seratus tahun bagi si domba..”

Hu Hsih

“Tidak dapat tidak, seseorang mesti gagal agak sekali dalam hidupnya. Dengan kegagalan itu dia dapat mengetahui di mana segi kelemahan dirinya. Gagal sekali tidaklah mengapa. Yang rumit ialah jika gagal dua kali di tempat yang serupa itu juga..”

Kais bin ‘Ashim

“ Cubalah sambungkan kembali tali yang telah putus. Cubalah beri orang yang tidak sudi memberimu. Cubalah memberi maaf orang yang menganiaya kamu”. Disana baru engkau rasai apa erti kemanusiaan!”..

Peribadi II

Mengakui kekurangan diri adalah tangga buat kesempurnaan diri. Berusaha terus mengisi kekurangan itu adalah keberanian luar biasa. Merasa cukup adalah alamat tidak cukup.
Barang siapa tidak sanggup atau tidak berani menguasai dirinya, jangan harap dia akan sanggup menguasai orang lain. Bukan keberanian kalau hanya sanggup berkelahi dengan macan. Tetapi keberanian ialah kesanggupan berkelahi dengan kehendak nafsu.

Ali bin Abi Talib ( Syair )

“ Manusia dipandang dari segi tubuh hanya sama
Ayahnya Adam dan ibunya Hawa
Kalau mereka itu membangga-banggakan keturunan
Keturunannya pun sama, tanah dan air..”

Pemuda

Kepada Pemuda! Bebanmu akan berat
Jiwamu harus kuat
Tapi aku percaya
Langkah mu akan jaya
Tegak budimu
Kuatkan peribadimu..

Halus Perasaan

Apabila dapat menghargai orang lain dalam pendiriannya, kerana diketahuinya pokok pangkal yang menjadi sebab pendirian itu, meskipun pada dasarnya dia tidak menyetujuinya.
Orang yang kasar perasaan, atau tebal muka dan orang hanya menghargai dirinya saja, yang sempit daerahnya dan picik fahamnya, adalah memberati (membebankan) orang lain. Kasar perasaan, matanya mata betung, telinganya telinga kuali, berat darah; padahal binatang yang diikat dengan tali, namun manusia tahu akan sindir.
Bila kita renungkan kata-kata pusaka yang ditinggalkan nenek moyang, mengakulah kita bahawa mereka pernah meningkat ketinggian budi pekerti, sehingga berbekas dalam pepatahnya. Orang yang halus perasaan disebut mereka itu. “Tahu akan ribut yang mendingin, tahu akan unggas yang meleting, tahu akan sindir bayangan kata-kata”. Mereka pun berkata: “Jika kakimu terantuk pada batu, inai (pacar)-lah jadi ubatnya. Tetapi jika lidahmu yang terlanjur, emaslah pembayarnya”…

Thursday, May 13, 2010

Klasik ( Gurindam Jiwa )

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga


Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Mengelintar..

Peribadi

Kemajuan peribadi sesuatu kumpulan bangsa atau kemerdekaannya, sesekali tiada akan tercapai, lebih dahulu belum ada kemajuan dan kemerdekaan peribadi seseorang. Tanda-tanda menunjukkan bahawa darjat kemajuan dan kejadian yang didapat oleh beberapa manusia dalam lapangan yang dimasukinya, dapat pula dicapai oleh orang yang lain. Asal saja orang itu mempunyai peribadi yang kuat. Kemajuan peribadi sendiri, akan menentukan tempat kita yang pantas, dalam pergaulan hidup, dalam lapangan apa jua pun.

Khalifah Al-Ma’mum

Khalifah Al-Ma’mum berkata: “Kalau tidak ada tiga perkara, rosak binasalah dunia ini..

Kalau tidak ada syahwat, putus keturunan.

Kalau tidak ada keinginan mengumpul, rosak binasalah penghidupan.

Kalau tidak ada keinginan terkemuka, habislah ilmu pengetahuan..”